Seni.Hiburan.GayaHidup
7KLIK merupakan sebuah portal yang mamaparkan berita dan perkembangan semasa dunia hiburan, seni serta gaya hidup dalam dan luar negara.
Kandungannya melibatkan laporan berita sensasi semasa, acara terkini, persembahan,
pementasan, program TV dan pawagam, hebahan informasi seni budaya, pendapat,
temubual dan sebagainya.
Diperkenalkan pada 2017, 7Klik menyasarkan semua golongan pembaca dari
pelbagai latar belakang dan peringkat umur dengan menyediakan kepelbagaian
kandungan serta tidak terarah kepada satu-satu golongan sahaja.
Selain portal, 7Klik juga mempunyai saluran YouTube yang turut menyediakan
kandungan menarik menerusi paparan video di lapangan pelbagai acara untuk
disajikan kepada penonton.
Tidak hanya memfokuskan kepada kandungan komersial, platform ini sentiasa
menampilkan perkongsian berkenaaan acara-acara seni budaya, selain memberi
hebahan informasi berkaitan dalam menyajikan lebih pilihan kepada orang ramai
dalam hiburan.
Komitmen itu adalah selaras matlamat 7Klik yang mahu menjadikan portal ini
sebagai satu platform berita yang berkongsi pelbagai kandungan yang tidak hanya
memfokuskan kepada nilai sensasi atau komersial semata-mata.
7Klik sentiasa mengambil kira idea, mesej, pendapat dan maklum balas lain
daripada pembaca kami dalam usaha untuk terus meningkatkan kualiti portal dari
masa ke semasa.
Portal ini sepenuhnya diuruskan oleh 7Klik.Com yang berpangkalan di Kuala
Lumpur, Malaysia.
0 Comments