Hot Posts

6/recent/ticker-posts

XG lancar semula In The Rain bersama remix XDM dan visual powerful

XG kembali dengan versi baharu single In The Rain bersama visual terkini yang classy

Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN gadis Hip-Hop/R&B yang semakin meningkat naik, XG, mengumumkan pelancaran semula single In The Rain, salah satu lagu daripada mini album kedua mereka, AWE, dengan sentuhan baharu yang lebih segar.

Versi terkini itu hadir dengan visual baharu yang cukup menonjol apabila kesemua ahli tampil bergaya dalam sut kemas, sekali gus mencipta imej visual yang elegan dan berkarisma.

In The Rain merupakan lagu bergenre R&B membawakan gabungan bunyi titisan hujan dan petikan gitar lembut, yang menggambarkan perasaan sunyi selepas perpisahan itu kini boleh distrim di semua platform digital utama bermula 11 April lalu.

XG sebelum ini turut mempersembahkan lagu tersebut secara langsung dalam siri jelajah dunia mereka, XG 1st Worlds Tour ‘The first HOWL’.

Persembahan itu mendapat pujian ramai, khususnya kerana koreografi pentasnya yang memukau dengan penggunaan payung sebagai elemen simbolik emosi dan gaya yang penuh estetika.

Selain versi asal, single ini turut menyertakan versi remix berjudul In he Rain x XDM yang memadukan melodi melankolik lagu asal dengan elemen EDM bertenaga.

Ini merupakan sebahagian daripada XDM Series dan memperlihatkan evolusi bunyi XG yang semakin matang dan pelbagai.

Pelancaran ini menyusul selepas kejayaan single Is This Love, lagu kempen global untuk produk ANESSA daripada jenama Shiseido yang kini sedang ke udara dalam iklan televisyen di seluruh dunia.

Tampil di Coachella

XG yang diangotai oleh Jurin, Chisa, Hinata, Harvey, Juria, Maya dan Cocona itu kini sedang meneruskan jelajah dunia mereka dengan persembahan di São Paulo dan Mexico City sepanjang April, sebelum meneruskan konsert di Seattle.

Kemuncak siri jelajah ini akan berlangsung pada 14 Mei di Tokyo Dome, Jepun. Pada hari yang sama, mereka turut dijadualkan melancarkan single keenam berjudul Million Places.


Dalam pada itu, XG juga baru sahaja tampil membuat persembahan di Festival Muzik dan Seni Coachella 2025 pada 13 April dan sekali lagi beraksi di pentas sama pada 20 April ini.

Mereka menjadi satu-satunya artis Jepun yang tersenarai dalam barisan artis yang membuat persembahan di Coachella tahun ini, sekali gus membuktikan bahawa XG adalah antara kumpulan paling dinanti dalam gelombang baharu pop global.

Kumpuluan XG atau Xtraordinary Girls, membawa misi untuk memberi inspirasi kepada pendengar di seluruh dunia menerusi muzik yang melangkaui genre serta visual yang inovatif.

Sejak debut pada Mac 2022 dengan lagu Tippy Toes, mereka mencipta sejarah sebagai artis Jepun pertama menduduki carta Hot Trending Songs Powered by Twitter Billboard dan turut menjadi kumpulan wanita Jepun pertama menghiasi kulit majalah Billboard. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments