SELEPAS meraih kejayaan luar biasa pada musim pertama, siri popular Netflix, Wednesday bakal kembali dengan musim terbaharu pada 6 Ogos dan 3 September depan.
Musim kedua menjanjikan jalan cerita yang lebih dramatik apabila Wednesday berdepan cabaran baharu melibatkan keluarga, rakan-rakan dan musuh lamanya.
Kali ini, penonton bakal disajikan dengan lebih banyak unsur misteri dan kejutan supernatural yang pasti membuatkan peminat setia tidak sabar menantikan episod baharu.
Jenna Ortega kembali menggalas watak utama sebagai Wednesday Addams, remaja eksentrik dengan kecerdasan tajam dan jiwa detektif yang sukar dijangka.
Pelakon itu menyifatkan peluang untuk kembali sebagai Wednesday sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh cabaran.
Jika musim pertama siri ini banyak tertumpu kepada Wednesday, kali ini siri tersebut bakal menampilkan perkembangan karakter lain yang tidak kurang menariknya.
Barisan pelakon untuk musim kedua turut menampilkan nama-nama besar seperti Emma Myers (Enid Sinclair), Steve Buscemi (Uncle Fester), Catherine Zeta-Jones (Morticia Addams), Luis Guzmán (Gomez Addams), Isaac Ordonez (Pugsley Addams), Joy Sunday (Bianca Barclay) dan Billie Piper (Violet).
Diterajui oleh pencipta dan showrunners Alfred Gough dan Miles Millar, serta Tim Burton yang kembali sebagai penerbit eksekutif dan pengarah, musim kedua ini dijangka membawakan lebih banyak elemen seram, dramatik dan kejutan tidak terduga buat para penonton. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments