Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kotak, Ello raikan 20 tahun karier di pentas Malaysia


SEDERETAN konsert dan persembahan istimewa artis luar negara mengisi calendar seni sepanjang tahun ini. Tidak ketinggalan dua nama besar dari Indonesia, kumpulan Kotak dan Marcello Tahitoe (Ello) yang turut tampil menyapa peminat menerusi konsert 2 Dekade Kotak X Ello.

Gandingan itu bakal mengegarkan pentas di ITCC Penampang, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 Jun depan.

Menurut ahli kumpulan Kotak, Tantri, mereka menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkannya dengan Ello, seorang penyanyi berbakat besar.

“Tidak sabar untuk bertemu mata dengan para peminat di dan kami menyambut baik penganjuran konsert yang menggabungkan kami dan Ello dalam satu pentas,” katanya.

Kotak yang terdiri daripada tiga anggota iaitu Tantri, Chua dan Cella terus mengekalkan kedudukan mereka dalam industri muzik selama lebih 20 tahun.

Sepanjang tempoh itu, mereka telah menghasilkan banyak album yang mendapat sambutan hangat dan berjaya merangkul pelbagai anugerah muzik, bukan sahaja di Indonesia, malah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Sementara Ello juga tidak kurang hebatnya yang turut tampil dengan beberapa album dalam tempoh 20 tahun lalu, selain menerima pelbagai penghargaan Anugerah Muzik Indonesia sepanjang perjalanan kariernya.

Kini, dia juga turut dikenali sebagai salah seorang penyanyi utama bagi kumpulan rock legenda Indonesia, Dewa 19, sekali gus membuktikan keampuhan bakat dan popularitinya dalam dunia muzik Indonesia.

Penganjur Konsert 2 Dekade Kotak X Ello, NS Show Connects Sdn Berhad, menerusi wakilnya, Alfian Basir, berkata, konsert itu diadakan sempena memperingati ulang tahun ke-20 penglibatan dua bintang terbabit dalam industri muzik.

“Konsert ini adalah konsert khas yang menampilkan dua artis terkemuka dari Indonesia serta untuk menyambut ulang tahun ke-20 penglibatan Kotak dan Ello dalam industri muzik.

“Malaysia, khususnya Sabah telah dipilih sebagai satu-satunya destinasi konsert di luar Indonesia untuk acara istimewa ini dan Kota Kinabalu diberi penghormatan untuk menganjurkan konsert tersebut,” ujarnya.

Tiket konsert dijual dengan harga RM289, RM289, RM189 dan RM139. Pembelian boleh dilakukan menerusi laman web Ticket2U: www.ticket2u.com.my mulai jam 11 pagi, 11 April. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments