Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia


PERDANA Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia sekitar jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Berita duka itu disahkan bekas Menteri Kesihatan yang juga menantu Allahyarham iaitu Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya sebentar tadi.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah Kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 petang di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur," tulisnya.

Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Tun Abdullah memimpin negara selama enam tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2 April 2009 dan digantikan timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediaman mereka di ibu negara dan penghormatan awam akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negara pada Selasa bermula jam 11 pagi hingga 1 tengah.

Mantan Perdana Menteri kelima itu akan disemadi di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zuhur.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Tun Jeanne Abdullah dan empat anak. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments