RAPPER yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico meninggal dunia di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.
Allahyarham Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun sekitar jam 11 malam dalam tidur ketika singgah berehat di rumah rakannya.
Memetik laporan Berita Harian (BH) Online, berita pemergian Nico itu disahkan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.
Ayob berkata, Allahyarham singgah ke rumah rakannya di Kampung Baru selepas membawa Grab untuk berehat seketika.
Namun ketika rakan tersebut cuba mengejutkannya, penyanyi Inilah Nasibku yang menetap di Cheras itu dikatakan sudah tidak bergerak.
Difahamkan jenazah kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan punca kematian belum dikenal pasti.
Selain Nico, kumpulan Nico G turut dianggotai oleh Affa dan Dino yang juga merupakan anggota asal kumpulan hip-hop yang mula mencipta nama pada era 1990-an itu. - 7KLIK

0 Comments