ASTRO menerusi stesen radio Zayan telah menganjurkan program berbuka puasa bersama warga emas Pusat Jagaan Mahmudah, dan ‘Zayan Kongsi Rezeki’ dengan mengagihkan sebanyak 1500 pek bubur lambuk kepada penghuni pusat jagaan dan masyarakat setempat di sekitar Pusat Jagaan Warga Emas Mahmudah, Semenyih.
Program tersebut menampilkan barisan selebriti terdiri daripada penyampai radio Zayan, Duta RaRa Astro, Astro Awani dan juga para pelakon daripada siri drama Seribu Tahun dan Honey Minta Maaf.
Antara selebriti yang terlibat termasuk Zizan Razak, Hun Haqeem, Anna Jobling, Alif Satar, Faizal Ismail, Nana Mahazan, Lin Ariffin, Anas Tahir dan Farhira. Turut hadir memeriahkan program adalah penyampai dari stesen Hitz iaitu Ili, Mix (Hani) dan Lite (Leya).
Untuk program ini, Astro telah mengangkat tema 'Pengorbanan Kerana Cinta' membawakan drama premium yang lebih daripada sekadar hiburan, mencetuskan perbualan, menggalakkan muhasabah diri, dan mengeratkan lagi komuniti menerusi Dramavaganza.
Dengan menjalinkan ‘Seribu Tahun’ dalam bulan mulia ini menerusi kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan, Astro memastikan peranan mereka melebihi dari sekadar tontonan skrin, menjadi pemangkin untuk renungan yang lebih mendalam dan pengabadian diri.
Lebih dari sekadar penceritaan drama, Astro membawakan semangat pengorbanan melalui cara muhasabah diri ‘Seribu Tahun’ mendorong penonton untuk merenung kembali pengorbanan mereka kerana cinta, memupuk perbincangan melangkaui hiburan dan menggalakkan perbincangan umum.
Astro turut mewujudkan platform untuk masyarakat Malaysia berkongsi pengalaman mereka, memperkukuh nilai-nilai ketaqwaan dan ketabahan, menghormati pengorbanan sejati yang merupakan satu inisiatif menyoroti pengorbanan para penjaga pusat jagaan dan menyambungkan antara fiksyen serta realiti dalam bulan Ramadan.
Para selebriti turut dibawa melawat penghuni pusat jagaan dan melihat fasiliti yang disediakan. Sumbangan 1500 pek bubur lambuk adalah salah satu daripada aktiviti Khidmat Tanggungjawab Sosial Korporat Astro (ESG) dengan kerjasama rakan strategik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd selaku penaja.
Adabi juga turut menyumbangkan bantuan berupa ‘Bakul Ceria Adabi’ yang mengandungi pelbagai barangan kegunaan masakan untuk kegunaan pusat jagaan dan juga sumbangan duit raya.
Pengurus Jenama, Zayan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor, berkata, bersempena Ramadan, Astro terpanggil untuk menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan sokongan daripada masyarakat.
"Kami juga terpanggil untuk berkongsi rezeki kepada orang ramai, seiring dengan tuntutan bulan Ramadan yang mulia ini dengan berbanyakkan ibadah sedekah.
"Kami juga membawakan barisan selebriti ternama bagi memeriahkan lagi suasana sekali gus menghiburkan kesemua warga di Pusat Jagaan Mahmudah ini,” ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Kebajikan Mahmudah Malaysia, Muhammad Syafiq Mohaidin, menjelaskan, pusat kebajikan percuma seperti Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia sangat memerlukan bantuan dan perhatian daripada semua pihak kerana yang dijaga adalah Rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.
"Inilah cara bagaimana pihak media dan hiburan membantu pusat kebajikan seperti di Mahmudah,” katanya.
Seramai 30 orang sukarelawan terdiri daripada pelajar Universti Kebangsaan Malaysia turut serta mengambil bahagian dalam menyediakan juadah bubur lambuk bersama dengan wakil Zayan dan juga wakil dari Pusat Jagaan Mahmudah.
Mereka telah bergotong royong untuk menyediakan hidangan bubur lambuk ayam dan daging seawal jam 9 pagi, dan mula diagihkan kepada orang ramai bermula jam 4.30 petang bagi persiapan untuk berbuka puasa. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments