Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Syukuri Syawal, pilihan program Raya terbaik di RTM


MENAMPILKAN tema Syukuri Syawal, RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan program-program terbaik bersiaran menerusi saluran Utama iaitu TV1, TV2 dan Okey sepanjang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Saluran pilihan ramai itu bakal membawakan pelbagai program terbaharu kepada penontonmenerusi tayangan tujuh telefilem, dua hiburan, tiga filem dan sebuah program khas.   

Hiburan/Muzikal

Opah, Esok Hari Raya (Siaran Langsung)
Malam Raya | 10.30 Malam | TV2

Program siaran langsung malam raya yang mengembalikan nostalgia kad raya dan video ucapan raya. Kad Raya yang paling kreatif akan dipilih untuk dibacakan dan dipilih sebagai pemenang hadiah bertuah. Program ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air dengan mendendangkan lagu-lagu raya.

Temasya Aidilfitri 2025
2 April | 9 Malam | TV1

Program terbitan UHTV RTM itu menampilkan gandingan pengacara Datuk N.D Lala dan Raja Azura. Barisan artis yang bakal tampil membuat persembahan lagi raya termasuk Hael Husaini, Haqiem Rusli, Datin Alyah, Amelina, Sarah Suhairi, Iera Milpan, Xpose Band, Dina Nadzir, dan Datuk Azizul Khamis dan ramai lagi.

Filem

Suci Dalam Debu
1 April | 9 Malam | TV2
Pelakon: Julia Rais, Sidi Oraza dan Khairil Anwar.

Roy adalah anak kepada orang kaya yang ingin bebas dan bergaul dengan pemuzik di kelab malam. Kematian rakan baiknya, Badrul membuatkan Roy sedar tentang tanggungjawabnya untuk menguruskan syarikat milik keluarganya sendiri.

Jackie Chan's First Strike
1 April | 9 Malam | TV2
Pelakon: Jackie Chan, Jackson Lou, Annie Wu, Bill Tung, Yuri Petrov, dan Nonna Grishayeva

Jackie Chan sebagai polis dalam misi yang menjerumuskannya ke dalam pengembaraan paling mencabar. Pelbagai rintangan dihadapi ketika dia cuba mendapatkan semula nuklear yang dicuri.

Rocketry The Namby Effect
6 April | 9 Malam | TV2
Pelakon: Madhavan, Simran dan Rajit Kapoor.

Kisah ahli sains roket India yang hebat, Shri Nambi Narayanan, seorang patriot sejati yang kemudiannya bertukar menjadi penjahat dalam sekelip mata selepas dituduh melakukan pengkhianatan.

Telefilem

Along Bakal Mati Syawal Ni? (Panggung RTM)
31 Mac | 9 Malam | TV1
Pelakon: Mat Over, Farah Ahmad, Wan Hanafi Su, Che Kem, dan Jalil Hamid

Manaf, seorang lelaki tua yang sering menyambut Syawal sendirian, merindui kemeriahan raya masa mudanya. Dalam usaha menyatukan adik-adiknya yang bersengketa, dia berpura-pura akan meninggal dunia pada Syawal ini agar mereka kembali bersama.

Takbir Pertama
31 Mac | 9 Malam | TV2
Pelakon: Nina KCS, Mustaqim Bahadon, Nazuhaina Mohd Nor, Jesse Lim dan Kenji Sawahi.

Seorang wanita berbangsa cina mendapat hidayah memeluk Islam ketika mendengar takbir pertama malam raya. Dia dibuang keluarga, berkahwin dengan seorang lelaki Melayu dan hidupnya banyak berkorban demi kasihnya terhadap seorang anak.

Cik Pon Bakal Talak Satu
31 Mac | 10 Malam | OKEY
Pelakon: Didi Astilah, Amyza Aznan dan Taqim Zaki

Kisah Nani yang hidup bahagia bersama suaminya, Rahman. Nani kemudiannya telah dijanjikan habuan jika dapat membantu rumah tangga ‘Cik Pon’ yang sedang berantakan.

Suamiku Ting Tong
1 April | 10 Malam | OKEY
Pelakon: Redza Rosli, Jaja Illiyes, Razzuan Rosli, dan Shazia Rozaini

Pasangan suami isteri Ben dan Sahira yang mempunyai perniagaan masing- masing. Sahira tiba-tiba mendapat panggilan misteri yang memberikan petanda tentang kecurangan suaminya. Bermula pelbagai siri kejadian psiko dan paranormal yang akhirnya melibatkan kematian.

Perempuan Melawan Lara
2 April | 10 Malam | OKEY
Pelakon: Aishah Azman, Nafiez Zaidi, dan Qaid Aqwa

Kisah ketabahan, kegigihan dan pengorbanan seorang wanita dalam mengharungi cabaran dan liku-liku kehidupan sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak austime.

Petai Tua Jering Muda
3 April | 10 Malam | OKEY
Pelakon: Raja Atiq, Datuk Jalaluddin Hassan, Shazia Rozaini, Aishah Azman, dan Nor Azifah.

Naufal yang minat makan petai memerlukan perbelanjaan tambahan untuk menampung pengajian semester keduanya di universiti. Pelbagai pekerjaan sambilan telah diusahakan termasuk menjadi pembantu ibunya seorang bidan kampung tetapi masih tidak mencukupi.

Bederun
6 April | 10 Malam | OKEY
Pelakon: Harris Alif, Bulan Terry, Fathma Hanna, Irah Zahar, Puteri Awie, Leena Kaha, Hazis Wahab, Waslie Duby dan Awang Rizal.

Aisyah amat meminati bidang suka lasak permainan bot laju. Disebabkan faktor geografi, sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat dan Pesta Bederun pula adalah salah satu di antara sukan rakyat popular di Sarawak yang di adakan di Mukah setiap tahun.

Program Khas

Citra Reka Busana
5 April | 9 Malam | TV2
Artis: Liza Aziz, Dato’ Jamal Abdillah, Marsha Milan, Noraniza Idris, Suki Low, Siti Nordiana, Mimi Fly, Nadeera, Nikki Palikat, Umai, Haziq Rosebi, Fauziah Gambus, Asmidar, Rezza Shah, Alena Murang, dan Dewi Seriestha.

Sebuah program pertunjukkan fesyen yang memberi penghormatan terhadap warisan fesyen Malaysia yang disampaikan dalam bentuk muzikal. Rekaan busana berkonsepkan warisan dan budaya dari era 40-an hingga kini melalui karya rekaan eksklusif daripada pereka-pereka tersohor tanah air.

Jangan lupa saksikan program-program menarik RTM sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini, Syukuri Syawal. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments