Duta jenama Spritzer Sparkling, Naim Daniel, Datuk Jalaluddin Hassan, dan Zara Zya |
SEMPENA Hari Raya yang bakal tiba, Spritzer Sparkling ingin menjadikan sambutan perayaan anda lebih bermakna dengan kempen terbaharunya, 'Raya Lebih Bermakna Bersama Spritzer Sparkling'.
Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk merenung cara kita menzahirkan kasih sayang kepada keluarga dan rakan-rakan, serta bagaimana detik-detik kecil yang berharga dalam kehidupan seharian mampu memberi makna dan kegembiraan kepada mereka yang tersayang.
Untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, Spritzer Sparkling bakal menganjurkan sesi ramah mesra bersama pelakon terkenal Malaysia yang juga duta jenama iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Naim Daniel, dan Zara Zya.
Barisan pelakon ini turut membintangi filem pendek terbaharu Spritzer Sparkling yang menyentuh hati dan penuh makna berjudul Raya Lebih Bermakna - Mana Adam?
Filem ini mengikuti perjalanan seorang ibu yang panik apabila anak remajanya, Adam, yang tiba-tiba hilang di pagi raya. Ketika si ibu meluahkan rasa kecewa di hadapan ahli keluarga, rahsia sebenar yang tidak dijangka akhirnya terbongkar dalam satu detik yang penuh emosi.
Raya Lebih Bermakna – Mana Adam? kini boleh ditonton di saluran YouTube Spritzer Group.
Orang ramai juga berpeluang untuk bertemu dengan Datuk Jalaluddin Hassan, Naim Daniel, dan Zara Zya dalam sesi ramah mesra yang akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada 22 Mac ini, jam 2 hingga 4 petang.
Peminat boleh merakam momen istimewa bersama mereka, berkongsi kegembiraan perayaan, serta menikmati pelbagai ganjaran eksklusif.
Ganjaran Hari Raya
Untuk memeriahkan lagi musim perayaan ini, Spritzer Sparkling menawarkan Mangkuk Emas Sparkling percuma dengan setiap pembelian produk Spritzer Sparkling bernilai RM12 sepanjang kempen dari 1 Mac hingga 30 April 2025.
Raikan Raya dengan Spritzer Sparkling |
Tersedia dalam perisa Original dan Lemon, Spritzer Sparkling bukan sahaja minuman menyegarkan tanpa kalori dan pemanis, malah boleh juga digunakan dalam pelbagai resipi kreatif untuk disajikan sepanjang sambutan Hari Raya.
Cuba tiga resipi istimewa Raya iaitu Sparkling ABC Ros, Sparkling Teh Halia, dan Sparkling Selasih Biru yang boleh didapati di pautan ini untuk menambah sentuhan unik pada hidangan raya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments