SYAWAL kian mendekat dan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri semakin rancak dilakukan. Malah perasaan seronok dan teruja untuk meraikan bersama keluarga tercinta serta rakan taulan semakin terserlah pada diri.
Apabila bercerita tentang Hari Raya, tentunya tidak lengkap jika tidak dimeriahkan dengan rangkaian lagu raya. Daripada kanak-kanak hinggalah ke golongan dewasa, lagu raya menjadi suatu kemestian untuk menaikkan ‘mood’ dan keterujaan menyambut raya.
Setiap tahun ada sahaja sahaja lagu raya baharu pelbagai versi yang dihasilkan untuk menyemarakkan sambutan Aidilfitri.
Namun pada tahun ini kemeriahannya berganda apabila sederetan lagu raya, baik bergenre moden mahupun tradisional hadir dengan suntikan elemen lebih segar dan sesuai dinikmati pelbagai generasi.
'Perang' lagu raya ini ternyata menambah kemeriahan sedia ada, apatah lagi ia tidak hanya hangat di corong radio, tetapi juga di pelbagai platform media sosial terutamanya TikTok.
15 Lagu Raya Baharu 2025
1. Serumpun - Mimifly
Buat julung kalinya Mimifly tampil dengan lagu raya dan pastinya karya ciptaannya sendiri bersama Cuurley itu dihasilkan dengan penuh keunikan. Tidak hanya pada melodinya yang catchy dan mudah menjadi siulan, tetapi bait lirik yang ditampilkan juga terdengar indah dan penuh makna.
2. Jodoh Hari Raya - Dayang Nurfaizah
Sebuah lagu raya istimewa daripada Dayang Nurfaizah buat peminat dan penggemar muzik yang mengangkat tema romantis dalam nuansa retro yang turut membawa vibe lagu Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma.
3. Raya Nak Ke Mana - Datuk Sri Siti Nurhaliza
Sebagaimana lagu-lagu raya dendangannya sebelum ini, Raya Nak Ke Mana juga mempunyai keistimewaannya tersendiri. Lagu ciptaan Aisha Retno da Radi itu menampilkan rentak zapin yang menambah ceria.
4. Meriah Lain Macam - Hael Husaini dan Nadeera
Lagu yang begitu 'catchy' dengan lirik mencuit hati dan penuh dengan energi.
5. Balik Kampung Gosip Raya - Sherry AlHadad & Ain Edruce
Gandingan serasi Sherry dan Ain menjadikan lagu ini kedengaran sangat meriah dan sentiasa terngiang-ngiang di telinga.
6. Raya Pum Pang - Fazura dan Syasya Rizal
Gandingan yang tidak dijangka, tetapi berjaya mencuri perhatian dengan lagu yang memikat hati.
7. Syawal Rindu - Black dan Adira
Lagu ciptaan Rudy Nastia, Aiman Zaidi, Aizad Khan dan Kelana itu mengisahkan kerinduan terhadap keluarga serta kenangan lebaran yang tidak dapat diraikan bersama.
8. Gelagat Raya - Khai Bahar
Tidak mahu ketinggalan, Khai juga tampil dengan lagu raya yang berkongsi cerita tentang persiapan menyambut raya.
9. Tum Tam Raya - Shiha Zikir dan Ieda Zikir
Gandigan dua beradik ini menampilkan kelainan tersendiri pada lagu raya ciptaan Ajay Amai, Napir Hassan dan Shiha ini.
10. Dam Dim Dum Raya - Nadeera
Tidak hanya tampil dengan lagu raya duet bersama Hael Husaini, Nadeera juga hadir dengan lau raya solo, Dam Dim Dum Raya dengan mengetengahkan elemen klasik dengan sentuhan moden.
11. Nyam Nyam Ketupat - Wani Kayrie, Zizan Razak, Dinda Dania dan Miss Alvy
Sebuah lau yang sangat meriah dan menyemarakkan semangat dan keterujaan beraya.
12. Raya Gen Z - Alyssa, Cik B, Qadejah & Ara
Sebagaimana judulnya, lagu yang menampilkan elemen pop dan hiphop ini sememangnya sesuai dengan generasi muda yang penuh dengan energi.
13. Raya Telah Tiba - Wany Hasrita
Lagu ini menggambarkan suasana Hari Raya dengan lirik santai dan dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Daripada kisah berpuasa penuh sebelum beraya, kesibukan membuat persiapan pulang ke kampung, sehinggalah momen indah berkumpul bersama keluarga dan bergaya dengan baju raya baharu.
14. Sebulan Raya - Bunga Isme
Tampil dengan melodi 'catchy' dan menarik, lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini turut menjadi pilihan.
15. Tak Balik Raya - Umai
Lagu dan lirik ciptaan Mas Dewangga serta Jova DeVito ini tentang dilema seseorang terpaksa menyambut hari raya berjauhan dengan keluarga disebabkan tugas. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments