Hot Posts

6/recent/ticker-posts

'Meriah lain macam', Astro sajikan lebih 160 program menarik sempena Syawal

| FOTO: Astro

MENGISI 'Meriah Lain Macam, Astro bakal memaa kemeriahan luar biasa sempena Syawal ini apabila menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya untuk seisi keluarga.

Dari kandungan televisyen (TV), sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Sambutan Aidilfitri juga tidak akan lengkap tanpa iklan yang mengusik emosi atau yang mencuit hati dalam membangkitkan semangat Syawal.

Justeru Astro meneruskan tradisi iklan Raya menerusi Lain Macamnya Raya yang mengisahkan tentang Jumaah, ibu tunggal yang berpegang pada tradisi tetapi diuji dengan kehadiran menantu berbeza adat. Dalam dilema antara warisan dan perubahan, Jumaah menemukan erti sebenar kebahagiaan keluarga.

Iklan berdurasi lapan minit itu merupakan, hasil kerjasama Astro dan Naga DBB yang diarahkan oleh Hyrul Anuar (Think Tank) dengan menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Ellie Suriaty, Mierul Aiman, Qasrina Karim, dan ramai lagi.

Naib Presiden, Melayu, Antarabangsa, Kanak-kanak & On Demand, Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, pihaknya membawakan pelbagai kandungan khas yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyatukan semua.

"Raya kali ini lebih istimewa dengan penceritaan yang dekat di hati, memenuhi citarasa pelbagai generasi.

"Daripada drama dan telefilem istimewa menyentuh emosi, hiburan penuh warna-warni, hingga komedi dan muzikal yang menceriakan, semuanya untuk memastikan setiap detik bersama keluarga dan insan tersayang lebih bermakna dan meriah daripada biasa.

"Ini juga diterjemahkan menerusi iklan raya Lain Macamnya Raya, yang mengetengahkan kemanisan dalam kelainan apabila kita terbuka untuk menerimanya.

"Kami berharap kandugan yang sajikan sepanjang Syawal ini bukan sahaja menyemarakkan Aidilfitri anda tetapi juga menjadi penghubung dalam menyatukan keluarga dan sahabat handai," katanya.

FOTO: Astro

Selain program hiburan buat seisi keluarga, Astro, dengan kerjasama Rocketfuel, turut menampilkan dua buah lagu istimewa Raya yang berjudul Meriah Lain Macam nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zaini, serta Nyam Nyam Ketupat yang menggabungkan Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.

Sorotan Kandungan Raya 2025

Platform TV

Astro menyajikan 12 telefilem baharu bermula 1 Syawal menerusi saluran Astro Ria, Prima dan Ceria. Antaranya Rapun, Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal dan Dia Punya Hati yang akan bersiaran menerusi Astro Ria (saluran 104).

Sementara Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggan Kg Lenggong, Pajak Raya, Ayah Jangan Nangis dan Setia di Hujung Ingatan pula bakal menemui penonton di Astro Prima (saluran 105).

Astro Ceria (saluran 611) pula bakal menghiburkan penonton cilik dengan telefilem Bintang Dari Beaufort dan OSOM.

Selain itu, Astro turut meneruskan tujuh buah drama Ramadan Rayanya yang meliputi pelbagai kisah dan menjadi kegemaran para penonton sepanjang Syawal ini seperti Dia Imamku, Seribu Tahun, Honey Minta Maaf, Dendam Seorang Madu, UMAR, Geng D.U.I.T dan siri terbaharu Astro Originals, First Wives.

Syawal turut akan dimeriahkan dengan pelbagai program variasi, hiburan dan komedi, antaranya MagiSiti 2025 iaitu sebuah program istimewa bersama Biduanita Negara Datuk Sri Siti Nurhaliza, Bombastika Raya: Detik Bersama, Konsert Retro Lagenda Raya 2025, Gegar Vaganza 11 Raya dan TikTok Live X Astro Gimme The Mic Malaysia Raya.

Saksikan juga kemeriahan SherRina Show: Raya Kat Mana?, Healing With Zizan Raya, Rumah Bujang #Teamrayasingle, Sepahtu Kecoh Beraya, Seri Ferry Mart, Meriah Lawak Raya dan Gerak Geri Gen Z yang pastinya menjanjikan kelainan dalam sambutan Aidilfitri kali ini.

FOTO: Astro

Peminat sukan boleh berhibur dengan program sukan khas Raya di saluran Astro Arena (saluran 801) termasuk Bola Dulu Baru Kamu, Bola Itu Life dan Rumah Terbuka Nadi Arena.

Peminat filem pula boleh menyaksikan filem-filem terbaik Astro Shaw di pawagam termasuk sekuel daripada filem seram box office Indonesia seperti Qodrat 2 dan Keluang Man, lakonan Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi yang akan berada di pawagam bermula pada 29 Mei 2025.

Untuk menikmati filem terbaharu di pawagam rumah anda, Astro First membawakan filem Harimau Merah: Konflik Bermula yang akan ditayangkan bermula 27 Mac depan, Emp4t (27 Mac).

Platform Digital

Astro Gempak menyajikan pengalaman Raya dengan pelbagai program digital menarik, termasuk Travel EV Balik Ganu iaitu pengembaraan tiga pempengaruh pulang beraya dengan kereta elektrik.

Borak Dulu Baru Kamu Raya Special pula merupakan temu bual eksklusif bersama Datuk Syafinaz Selamat, Fadhli Masoot dan Noki K-Clique. Diikuti drama vertikal Hey! Kita Lain dan Reunion Raya Special.

Platform Radio

Astro Radio memeriahkan Syawal dengan pelbagai program menarik untuk pendengar setianya, termasuk Plus One ERA, di mana pendengar boleh beraya bersama personaliti ERA dan Berlagu Beraya BORNEO, hiburan lagu Raya oleh artis di ERA Sabah dan Sarawak.

Diikuti Lemang Drive Thru SINAR iaitu program pemberian lemang percuma kepada pendengar setia, Jelajah Raya Pata Timo dan Kad Raya ZAYAN- 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments