Oleh: SORAYA AFNAN
TIDAK dapat dinafikan lambakan lagu raya baharu pada tahun ini menggandakan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang bakap diraikan tidak lama lagi.
Kemunculan sederetan agu raya pelbagai genre dan konsep juga memberi lebih pilihan kepada orang ramai untuk mendengar lagu raya yang disukai.
Namun dicelah populariti lagu-lagu raya nyanyian penyanyi popular, terselit sebuah lagu raya unik dan menghiburkan daripada pelakon dan pelawak, Douglas Lim berjudul Aidilfitri di Malaysia.
Lagu yang baru sahaja dilancarkan pada Rabu lalu ini ditulis dan digubah sendiri oleh Douglas dengan melodi yang 'catchty' serta lirik yang cukup kreatif.
Meski kedengaran santai dan lucu, lagu ini membawa mesej besar mengenai kehidupan harmoni dan perpaduan antara kaum yang wujud di Malaysia.
Tidak berseorangan, Douglas turut menampilkan YouTuber, Murthy sebagai rakan duet, selain penyanyi dan pelakon Chelsia Ng sebagai penampilan khas dalam muzik video (MV) lagu tersebut.
Biarpun pembikinan MV Aidilfiri di Malaysia itu dihasilkan dengan konsep yang ringkas, tetapi ia sudah cukup meriah dan menghiburkan orang ramai.
Rata-rata peminat dan pendengar memuji idea kreatif yang ditampilkan oleh Douglas yang disifatkan sebagai lagu raya pertama yang mengambil pendekatan berbeza dengan menggambarkan situasi dilalui mereka yang bukan beragama Islam dan tidak menyambut hari raya.
Kelainan yang ditampilkan itu secera tidak langsung menjadikan lagu Aidilfitri di Malaysia mudah mencuri perhatian meskipun baru sahaja dilancarkan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments