KEMUNCULAN Rozita Che Wan mengendalikan program 26 episod, Cuit-Cuit Che Ta bersama suami tercinta, Zain Saidin sememangnya antara program siaran RTM yang dinantikan penonton sepanjang bulan Ramadan ini.
Memasuki musim kedua, program masakan santai itu bakal bersiaran di kaca TV mulai 6 Mac, setiap hari, jam 4 petang di saluran Okey dan juga menerusi aplikasi RTMKlik.
Nantikan juga kehadiran selebriti terkenal yang diundang memeriahkan program itu termasuk Mark Adam, Ayu Raudhah, Zakuan Adha, Sweet Qismina, Hafizzudin, Aprena Manrose dan Daler Yusof.
Kelainan cuba dibawakan dalam musim terbaharu program travelog santai Ramadan itu apabila Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan meluangkan masa mengunjungi lokasi pusat pelancongan menarik.
Mereka akan membawa penonton menikmati keindahan kawasan perlancongan tersebut sambil bersembang santai bersama tetamu undangan dengan pelbagai topik menarik berkenaan bulan Ramadan.
Cuit Cuit Che Ta juga memperkenalkan resipi ringkas khas untuk berbuka puasa dan menu tersebut akan dimasak oleh tetamu undangan.
Pengisian episod pertama hingga episod 15 adalah berkaitan puasa dan episod 16 hingga episod 25 pula mengenai persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Kemuncaknya episod 26 akanberkongsi keterujaan kisah sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Program ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu temubual bersama selebriti undangan, aktiviti memasak di pusat pelancongan terpilih bersama tetamu dan segeman terakhir berbuka puasa bersama-sama.
Jangan ketinggalan menyaksikan Cuit Cuit Che Ta dan program-program terbaik sepanjang Ramadan ini hanya di RTM. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments