PENYAMPAI segmen Hitz Toningt, Ili Ruzzana sertai Hitz Morning Crew bersama Anne dan Prem mulai 3 Mac.
Pemilihan itu dibuat selepas Hitz yakin dengan pengalaman Ili mampu mengendalikan Hitz Tonight secara bersahaja sejak tiga tahun lalu.
Pengurus Jenama HITZ, Navin berkata, Ili mempunyai kriteria unik untuk bersama dengan Anne dan Prem untuk mengendalikan segmen pagi itu.
Malah Ili juga mahir berbicara dan berinteraksi dengan pendengar setia HITZ dalam apa jua topik yang diketengahkan.
“Ili mempunyai pengalaman dalam indusri radio sekitar lapan tahun, saya yakin dengan kemampuannya untuk mengendalikan segmen pagi tersebut kerana Ili mempunyai pengikut tersendiri.
"Anne dan Prem akan membimbing Ili untuk memas kan segmen pagi itu terus kekal menjadi pilihan pendengar setia Hitz," ujarnya.
Sementara itu, segmen Hitz Tonight akan digantikan dengan penyampai baharu, Arka yang sebelum ini merupakan penyampai radio sambilan Hitz.
Jelas Navin lagi, pemilihan itu dibuat selepas mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan tertinggi stesen radio itu.
“Apa-apa pun, Hitz akan sentiasa memberikan sentuhan yang terbaik agar pendengar kami kekal terhibur dengan informasi terbaik serta memainkan lagu-lagu terkini.
"Hitz juga turut mengalu-alukan apa juga pandangan dan komen daripada pendengar agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke masa," katanya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments