Hot Posts

6/recent/ticker-posts

G-Dragon kembali ke Malaysia, konsert 2 malam di Axiata Arena bikin peminat teruja


Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG K-Pop tersohor, G-Dragon bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert siri jelajah Ãœbermensch yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 19 dan 20 Julai depan.

Berita itu pastinya mengundang teruja para peminat yang telah lama menantikan kembalinya G-Dragon yang turut mendapat julukan Raja K-Pop untuk beraksi di pentas dengan karya terbaharunya.

Tidak hanya satu persembahan, tetapi konsert yang dibawakan oleh AEG Presents Asia itu bakal mencetuskan kehangatan selama dia malam berturut-turut.

Konsert istimewa itu merupakan sebahagian daripada Ãœbermensch World Tour yang akan membawa G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, 37, ke beberapa negara di seluruh dunia seperti Jepun, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai harga dan tarikh penjualan tiket untuk konsert berkenaan belum diumumkan.



G-Dragon yang juga anggota kumpulan BigBang itu baru sahaja merilis album solo ketiganya, Ãœbermensch pada awal Februari lalu. Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut termasulah Power, Home Sweet Home, Too Bad dan Drama.

Kali terakhir bintang sensasi itu hadir di Malaysia ketika menjayakan konsert solonya, Act III: M.O.T.T.E World Tour di Stadium Merdeka, pada 2017. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments