Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dokumentari Syahadah 2025: Mengupas keunikan Islam di Borneo, Uzbekistan

| FOTO: RTM

HAMPIR dua dekad menjadi peneman setia seluruh umat Islam menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadan, program dokumentari unggul RTM, Syahadah kini kembali menemui penoton mulai 2 Mac, setiap hari, jam 6 hingga 6.30 petang di saluran TV1 dan RTMKlik.

Sejak mula diterbitkan tahun 2005 sehingga kini, program terbitan Unit Majalah & Dokumentari RTM (UMDTV RTM) ini telah membawakan kepada penonton ke destinasi-destinasi menarik, menyusuri keindahan Islam dalam konteks kasih sayang dan memaparkan perubahan komuniti mahupun individu terhadap cara hidup Islam.

Begitu juga pendekatan pada asas Islam, pendidikan, ekonomi, gaya hidup, srikandi Islam, sahabat muslim, konsep halal, komuniti, seni dan budaya setempat yang dipilih.

Memasuki edisi ke-19 tahun, dokumentari berbentuk sejarah keislaman yang bersiaran sepanjang Ramadan ini menjanjikan pendekatan lebih segar di hati seluruh rakyat Malaysia dengan tema, 'Panggilan Borneo dan Jelajah Uzbekistan' membawa kupasan penghijrahan komuniti Islam di Sabah dan Sarawak serta keunikan Islam di Uzbekistan menjadi intipati utama musim ini.


FOTO: RTM


Kali ini menyaksikan penglibatan seramai tujuh orang penerbit berpengalaman dari UMDTV RTM yang dibahagikan mengikut zon terpilih di Sabah dan Sarawak dengan 20 episod, manakala Jelajah Uzbekistan akan mengetengahkan 10 episod khas merangkumi bandar Taskent, Bukhara, dan Samarkand.

Episod pengenalannya pada 2 Mac bertajuk Masjid Kampung Sembulan, Pusaka Islam Pertama Sabah, diikuti episod Warisan Santubong, Lebo Botong, Jejak Tarbiah, Al-Tayyibat, Keringat di Tebian, Pulau Dinawan, Wira Kinabalu, Pengukir Dari Uzbekistan dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program dokumentari Syahadah sepanjang Ramadan ini di TV1 dan RTMKlik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments