FILEM Anora arahan Sean Baker mencipta kejutan apabila dinobat sebagai pemenang kategori Utama, Filem Terbaik pada Anugerah Akademi (Oscar) ke-97 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Isnin.
Naskhah yang dihasilkan dengan bajet RM26.7 juta itu turut mengungguli empat lagi kategori iaitu Pengarah Terbaik untuk Sean Baker, Pelakon Wanita Terbaik menerusi Mikey Madison, Suntingan Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.
Karya lain yang turut memberi saingan hebat ialah The Brutalist, A Complete Unknown, Conclave, Dune : Part Two, Emilia Pérez, I'm Still Here, Nickel Boys, The Substance dan Wicked.
Tercalon menerusi enam kategori, filem tersebut mengangkat penceritaan mengenai wanita kelas bawahan yang juga pekerja seks dengan anak lelaki jutawan dari Rusia, di mana hubungan mereka diuji hebat apabila mendapat tentangan keluarga.
Sean Baker raih kejayaan luar biasa menerusi Anora. |
Sementara itu, Adrien Brody pula dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam filem epik The Brutalist, sekali gus menjadi trofi Oscar keduanya selepas The Pianist (2002).
Kieran Culkin dan Zoe Saldana mencipta kejayaan tersendiri dengan menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, masing-masing menerusi filem A Real Pain serta Emilia Pérez.
Oscar ke-97 dihoskan oleh Conan O’Brian dan diserikan dengan persembahan hebat barisan artis seperti Ariana Grande, Cynthia Erivo, Doja Cat, Raye, Lisa Blackpink dan ramai lagi. - 7KLIK
Senarai penuh pemenang Oscar 2025
Filem Terbaik:
Anora
Pengarah Terbaik:
Sean Baker (Anora)
Anora
Pengarah Terbaik:
Sean Baker (Anora)
Pelakon Lelaki Terbaik:
Adrien Brody (The Brutalist)
Adrien Brody (The Brutalist)
Pelakon Wanita Terbaik:
Mikey Madison (Anora)
Mikey Madison (Anora)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
Kieran Culkin (A Real Pain)
Kieran Culkin (A Real Pain)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
Zoe Saldaña (Emilia Pérez)
Lakon Layar Asal Terbaik:
Anora
Lakon Layar Adaptasi Terbaik:
Conclave
Filem Animasi Terbaik:
Flow
Flow
Filem Pendek Animasi Terbaik:
In the Shadow of the Cypress
In the Shadow of the Cypress
Filem Antarabangsa Terbaik:
I’m Still Here (Brazil)
Filem Dokumentari Terbaik:
No Other Land
Filem Dokumentari Pendek Terbaik:
The Only Girl in the Orchestra
The Only Girl in the Orchestra
Skor Asal Terbaik:
The Brutalist
Lagu Asal Terbaik:
El Mal (Emilia Pérez)
El Mal (Emilia Pérez)
Bunyi Terbaik:
Dune: Part Two
Reka Bentuk Produksi Terbaik:
Wicked
Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik:
I’m Not a Robot
Sinematografi Terbaik:
The Brutalist
Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik:
The Substance
Reka Bentuk Kostum Terbaik:
Wicked
Kesan Visual Terbaik:
Dune: Part Two
Penyuntingan Filem Terbaik:
Anora
ARTIKEL LAIN:
0 Comments