UMAT Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025. Tarikh tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Beliau berkata, tarikh itu ditetapkan bagi negeri-negeri di seluruh negara mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Pada pada petang Jumaat, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah, Jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments