BULAN suci Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan pastinya bakal membawa momen istimewa buat kita semua.
Tidak hanya mengganda pahala dan keberkatan menerusi ibadah, tetapi juga mengisi bulan istimewa ini menerusi aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan bersama keluarga serta rakan taulan dengan meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama.
Antara lokasi yang mungkin boleh menjadi pilihan terbaik dengan pelbagai sajian menarik untuk anda berbuka puasa bersama insan tersayang sepanjang Ramadan ini tentunya MiCasa All Suite Hotel.
Rasai semangat bulan yang diberkati ini dengan bufet istimewa menampilkan citarasa dan tradisi Ramadan, bertemakan 'Icip Icip Desa' yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.
Resepi Asli dari Utara dan Selatan Tanah Air
Nikmati pelbagai hidangan tradisional, menampilkan hidangan klasik yang menyelerakan seperti Kerabu Kerisik Kulit Timun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api.
Chef hanya menggunakan bahan-bahan terbaik untuk membawa citarasa keistimewaan tempatan kepada anda.
Nikmati pilihan sup dan salad segar yang disediakan untuk berbuka puasa, termasuk Sup Ekor, Lautan Seafood (kembali atas permintaan ramai), Kambing Panggang dan pelbagai jenis sos yang menyelerakan.
Tiada makan malam yang lengkap tanpa pencuci mulut. Justeru tersedia pelbagai jenis kuih tradisional Melayu, 10 jenis Jeruk, Pengat Pisang dan Nangka, ABC & cendol, yang sempurna dilengkapi dengan pilihan buah segar, teh tarik, kopi serta pelbagai pilihan minuman dalam balang.
MiCasa All Suite Hotel turut menyediakan live station di mana chef akan memasak hidangan di hadapan anda. Ini bukan sahaja memastikan hidangan disajikan segar dan penuh dengan rasa, tetapi juga memberi pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk makan malam.
Anda dapat melihat sendiri bagaimana hidangan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi.
Menyediakan persekitaran yang mesra dan selesa, ruang makan MiCasa All Suite Hotel sesuai untuk keluarga serta kumpulan sekali gus memudahkan anda berkongsi keberkatan makan malam dengan insan tersayang.
Bufet Ramadan 'Icip Icip Desa'
Tarikh: Mulai 7 hingga 23 Mac 2025
Masa: 6:30 petang hingga 10 malam
Harga: RM139 (dewasa), RM95 (warga emas - 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (5 - 12 tahun)
Harga Awal 10 Januari hingga 28 Februari 2025: RM109 (dewasa)
MiCasa All Suite Hotel menawarkan pakej yang boleh disesuaikan untuk memastikan pengalaman berbuka tidak dapat dilupakan mengikut keperluan andadan tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi talian rasmi hotel. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments