PENGAKHIRAN yang tragis. Mungkin itulah yang boleh disimpulkan mengenai kematian pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Sae Ron yang ditemui tidak bernyawa pada Ahad lalu.
Dalam perkembangan terbaharu pihak polis mengesahkan tiada unsur jenayah yang ditemui pada mayat pelakon berusia 25 tahun itu di lokasi kejadian.
Menerusi hasil siasatan yang dijalankan, polis Seongdong di Seoul melaporkan bintang filem The Man From Nowhere dan The Neighbor itu didapati telah mengambil nyawanya sendiri. Bagaimanapun tiada nota yang ditinggalkan di tempat kejadian berhubung tindakan itu.
Pada Ahad lalu, Kim Saeron ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Seoul oleh seorang rakannya.
Terdahulu pelakon itu pernah mengalami kemurungan kronik setelah berdepan kontroversi pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam di Gangnam, Seoul pada 2022.
Susulan kesalahan itu Kim Sae Ron kemudiannya didenda sebanyak 20 juta won (RM61,500) pada April 2023.
Biarpun sudah menerima hukuman denda, meminta maaf dan ganti rugi kepada pihak yang terjejas, netizen tetap mengecam dan melemparkan pelbagai kata negatif buat mendiang sehingga dia terpaksa mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.
Tindakan 'cancel culture' yang dilakukan netizen Korea Selatan ternyata memberi kesan yang begitu besar dalam kehidupan Sae-ron sehingga mendiang menjejaskan kesihatan mentalnya.
Pada April lalu, pelakonn itu dikatakan mahu kembali aktif dalam kerjaya lakonan, dengan menyertai sebuah pementasan, tetapi akhirnya menarik diri apabila kecaman berkait kontroversi terbabit masih berlarutan.
Difahamkan dia juga telah menukar namanya kepada Kim Ah-im dan mahu memulakan hidup baharu dengan merancang untuk membuka sebuah cafe.
Namun pada akhirnya, bintang muda itu mengambil keputusan untuk menamatkan hidup dengan mengambil nyawanya sendiri.
Sedih dan kesal dengan apa yang menimpa pelakon terbabit, ramai rakan selebriti yang hadir dan selain menghantar jambangan bunga ke pusat pemakaman Asan Medical Centre untuk memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.
Antara yang kelihatan ialah Han Soo Hee, Won Bin, Kim Bo Ra dan ramai lagi. Mayat Kim Sae Ron mendiang dijangka disemadikan pada 19 Februari (Rabu). - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments