Rabbani | FOTO: Ruang Rama |
RUANG Rama, sebuah lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya kini membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan dan mengundang para tetamu untuk menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana yang penuh bermakna.
Bufet Iftar di Ruang Lama ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa autentik dan membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya.
Menghidupkan lagi pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadan ini di Ruang Rama.
Pengurus dan anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz, berkata, kesempatan itu adalah peluang bermakna buat mereka untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan melalui muzik dan kebersamaan.
"Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama,” ujarnya.
Bersama keluarga, rakan-rakan atau insan tersayang, anda bakal menikmati hidangan berbuka puasa dengan gabungan hidangan istimewa yang disusun rapi, persembahan yang menyentuh jiwa, serta layanan penuh mesra menerusi perayaan Iftar yang benar-benar mencerminkan semangat Ramadan.
Tidak hanya itu, Ruang Rama juga bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, perayaan, serta pelbagai acara korporat dan gaya hidup.
Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama direka dengan teliti di lokasi strategik di Lembah Klang, lengkap dengan pakej promosi eksklusif.
Sempena majlis pelancarannya baru-baru ini juga, Ruang Rama menganjurkan malam Iftar Buffet Preview dengan kehadiran ramai tetamu yang terdiri daripada barisan elebriti popular tanah air.
Antaranya ialah Datuk Amy Search, Datuk Acis, Datuk Aishah Popshuvit, Bunkface, yang turut disertai oleh lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan majlis ini.
Ruang Rama Iftar Buffet 2025 bersama Rabbani & Friends akan menampilkan hidangan cita rasa klasik penuh dengan makanan kegemaran Malaysia, serta pelbagai pilihan di beberapa gerai masakan. Promosi bufet berlangsung dari 4 hingga 26 Mac 2025 dengan harga menarik.
Ruang Rama juga akan mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri Bufet Iftar sepanjang tempoh tersebut. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise.
Pengumuman itu menambah lagi keterujaan malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang akan dinanti-nantikan.
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan mengenai Iftar buffet ini boleh dibuat di www.ruangrama.com . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments