USAHAWAN dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura memaklumkan pemergian mengejut isterinya, Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Jumaat.
Ridzuan atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, berkongsi berita duka itu menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya.
“Al-Fatihah untuk arwah isteri saya Akiko Okumura telah pergi meninggalkan saya dan anak saya selamanya,” tulisnya.
Bagaimanapun punca kematian Allahyarham Akiko yang berasal dari Jepun itu tidak dinyatakan.
Berita tersebut tentunya mengejutkan orang ramai, apatah lagi Akiko dan suaminya baru sahaja membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama-sama malam tadi (Khamis).
Rata-rata warga maya yang mengenali Akiko turut berduka atas kehilangan itu menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Ridzuan serta keluarga.
Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura, yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-13 pada 21 Februari lalu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments