Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Aktivis teater terkenal, Zakaria Ariffin meninggal dunia

AKTIVIS teater terkenal tanah air, Zakaria Ariffin meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak akibat serangan strok pada Rabu. 

Allahyarham yang sudah lebih empat dekad bergiat aktif dalam dunia teater itu menghembuskan nafas terakhir sekitar 2.30 pagi, pada usia 73.

Zakaria sebelum ini banyak mementaskan karya-karya besar daripada beberapa tokoh terkenal seperti Sasterawan Negara Datuk Usman Awang dan Tan Sri Johan Jaaffar, selain banyak bekerjasama dengan barisan pelakon teater hebat tanah air termasuk Sabri Yunus.

Antara teater arahannya ialah Matinya Seorang Pahlawan, Selampit, Iman, Bangsawan Siti Zubaidah, Pentas Opera, Raja Lawak dan banyak lagi.

Allahyarham merupakan penerima Anugerah SEA Write 2001 dan pernah berkhidmat sebagai pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebelum menjadi pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dan seterusnya dilantik sebagai dekan.

Sepanjang kerjayanya, Zakaria bukan sahaja aktif dalam teater, tetapi juga banyak menghasilkan skrip drama televisyen dan telefilem serta berperanan sebagai panel penilai dan juri pelbagai pertandingan seni.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Sekiah, Behrang Ulu hari ini.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments