Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 sebab anda perlu tonton episod akhir Curang Tanpa Niat


HARI ini (Khamis) merupakan episod terakhir drama ‘talk of the town’, Curang Tanpa Niat yang mencetuskan pelbagai emosi penonton.

Lakonan mantap Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah mengheret penonton kepada pelbagai rasa dan timbal balik bermula episod pertama hingga yang terkini.

Ini merupakan 10 sebab mengapa penonton perlu menonton Curang Tanpa Niat malam ini.

1. Lakonan berkesan Mira Filzah yang telah menaikkan kembali namanya.
Para penonton turut menyatakan bahawa Mira muncul dari Malaysia’s Sweetheart kepada status 'Ratu Air Mata'. Malah ini merupakan kemunculan kembali Mira Filzah dalam slot Mega Drama Astro.

2. Gandingan para pelakon hebat yang berkesan.
Bukan sahaja para pelakon utama seperti Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah tetapi pakej drama ini yang dilengkapi dengan emosi padat oleh Fadlan Hazim, Fauzi Nawawi, Hasnul Rahmat, Kaza dan ramai lagi

3. Viral
⁠Curang Tanpa Niat merupakan drama viral dan trending 2025.

4. Pelakon kanak-kanak
Pelakon kanak-kanak yang membawakan watak abang Azriel lakonan Qaiszerr Eshan, telah berjaya membuatkan satu Malaysia menangis dengan lakonan dan penghayatan dirinya sebagai anak.

5. Pasangan paling dibenci
⁠Karakter Eshal dan Astrid merupakan pasangan paling dibenci awal 2025. Tanpa niat tetapi mereka beroleh status tersebut dari para penonton drama tempatan Malaysia.

6. Kualiti
⁠Pengarah drama ini iaitu Eyra Rahman telah mengangkat  kualiti drama melayu dengan 'look and feel' yang cantik serta segar.

7. ⁠Pelapis hero
Pelakon kacak dan tinggi lampai iaitu Everts Gomes dinamakan sebagai pelapis hero drama Melayu.

8. ⁠Isu semasa
Isu yang diangkat melalui drama Curang Tanpa Niat iaitu ‘office wife’ telah membuka mata masyarakat perihal hubungan di pejabat. Malah melalui komentar-komentar yang diberikan di laman sosial, para suri rumah sudah mula dan berani bersuara.

9. ⁠Dilema suri rumah
Tema yang diangkat dalam drama ini menarik perhatian penonton iaitu dilema: hamba atau patut dimanja.

10. Lagu runut bunyi
Lagu runut bunyi drama ini iaitu 'Tergamak' telah menjulang nama Nadeera dan mempamerkan vokalnya yang mantap. Lagu ini turut mendapat perhatian ramai selebriti Malaysia yang menyanyikan semula lagu ini dalam versi mereka. Antaranya Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Curang Tanpa Niat boleh disaksikan di Astro Ria (saluran 104) jam 10 malam. Strim menerusi On Demand  di Astro Ultra/Ulti Bo, Astro Go dan Sooka. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments