KEMERIAHAN Tahun Baru Cina semakin dirasai apabila Watsons Malaysia melancarkan kempen #HappyBeautifulYear2025 dengan pendekatan yang segar dan dinamik.
Tahun ini, Watsons mempersembahkan video Watsons #HappyBeautifulYear2025 Sim Leng Gor Leng Nin, sebuah produksi asli yang bertujuan untuk menginspirasi kesatuan, semangat positif, dan keceriaan perayaan melalui muzik dan tarian yang memikat.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group, Caryn Loh, berkata, sempena Tahun Baru Cina kali ini pihaknya ingin mencipta pengalaman unik dan bermakna untuk semua.
"Video ini adalah jemputan ikhlas untuk meraikan tahun baharu dengan hati yang terbuka, semangat tanpa batas, dan rasa kesatuan dalam komuniti kita.
"Tahun Baru Cina juga tidak lengkap tanpa muzik, dan kami memperkenalkan tarian serta lagu istimewa untuk mendekatkan pelanggan kami, menggalakkan semua peringkat umur untuk menyanyi dan menari bersama.
"Watsons bersemangat untuk mempromosikan misi kami, 'Look Good, Do Good, Feel Great', dan memberi inspirasi kepada semua bagi meraikan kegembiraan bersama orang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini,” ujarnya.
Menyebarkan kegembiraan
Video tersebut menampilkan duta Watsons, Phei Yong bersama selebriti terkenal seperti Amber Chia dan keluarga Kuan yang terdiri daripada Perry Kuan, Mskuan dan Jestinna Kuan, serta Danny Lee.
Selaku duta, Phei Yong, mengakui teruja dapat menyertai kempen tersebut an menyifatkan video tahun ini cukup istimewa.
“Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada video muzik Sim Leng Gor Leng Nin untuk Watsons #HappyBeautifulYear2025.
"Sebagai Duta Watsons selama dua tahun, video tahun ini penuh dengan keseronokan, tenaga, dan momen bermakna yang menggambarkan semangat perayaan dengan melodi dan gerakan tarian yang mengasyikkan,” katanya.
Konsepnya memaparkan saat-saat penuh warna yang mencerminkan komitmen Watsons untuk menyambut permulaan baharu, menyebarkan kegembiraan, menyerlahkan gaya unik anda, dan mempromosikan kelestarian.
Wayne Lai | FOTO: Watson Malaysia |
Bintang terkenal Hong Kong, Wayne Lai turut hadir sebagai kejutan yang menggembirakan buat orang ramai ketika pelancaran Watsons #HappyBeautifulYear 2025 baru-baru ini.
Sumbangan
Menurut Caryn lagi, sempena musim perayaan itu juga, Watsons Malaysia turut menerajui usaha memberi kembali kepada komuniti.
"Tahun ini, kami bekerjasama dengan DeafBeat untuk menyokong usaha luar biasa mereka dalam komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran.
"DeafBeat adalah kumpulan pemuzik OKU Pendengaran yang menggunakan seni dan muzik untuk mengetengahkan bakat mereka yang luar biasa dan menginspirasi orang lain.
"Sumbangan kami termasuk membaik pulih peralatan dan menyediakan keperluan asas untuk persembahan mereka,” katanya.
Watsons juga tidak lupa menghulurkan bantuan kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia dengan menyediakan barang keperluan dan keceriaan perayaan.
Usaha tersebut mencerminkan komitmen Watsons untuk memberi impak positif dan menyebarkan semangat perayaan kepada semua.
Pelbagai hadiah menarik menanti pelanggan | FOTO: Watson Malaysia |
Sempena #HappyBeautifulYear2025 juga, Watsons turut menawarkan promosi khas, produk eksklusif dan tawaran hebat untuk semua ahli dan pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada sambutan #HappyBeautifulYear2025, Watsons buat pertama kalinya menawarkan diskaun sehingga 50 peratus (%) untuk produk terpilih serta pertandingan eksklusif untuk ahli Watsons Club.
Ahli juga berpeluang memenangi wang tunai harian sebanyak RM8,888 dan hadiah bernilai sehingga RM1,888,888.
Selain itu, Watsons menawarkan pelbagai hadiah percuma eksklusif untuk ahli sempena kempen ini termasuk pek angpao rekaan eksklusif, Happy Beautiful Bag, dan periuk casserol Dessini Non-Stick (20cm) secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #HappyBeautifulYear2025 Watsons Malaysia, kunjungi kedai Watsons berhampiran atau layari www.watsons.com.my . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments