Rebel Asia dan Vanessa Reynauld | FOTO: Sony Music Malaysia |
BUAT pertama kalinya Sony Music Malaysia menggabungkan penyanyi berbakat besar, Vanessa Reynauld dan bintang hip-hop dinamik, Rebel Asia dalam sebuah single berjudul To The Finish Line.
Karya ciptaan epenuhnya oleh Hardlights itu juga merupakan lagu runut bunyi rasmi (OST) untuk filem, Soloz Game of Life yang bakal ditayangkan pada 23 Januari ini.
To The Finish Line mengangkat tema ketabahan, keberanian dan kesatuan, sejajar dengan jalan cerita filem yang penuh emosi dan cabaran ini.
Menurut Vanessa, single baharu itu diilhamkan sepenuhnya daripada filem Soloz Game of Life yang mengisahkan tentang dunia e-sukan popular, Mobile Legends.
“Idea lagu ini berdasarkan filem tersebut, dan ia dijadikan sebagai lagu penutup dan sebab itulah judulnya To The Finish Line. Ia melengkapkan pengakhiran cerita filem ini.
"Lagu ini juga sedikit ‘upbeat’ dan sesuai dengan tema filem ini,” ujarnya.
Sementara itu, Rebel Asia berkata, lagu itu mengangkat tema digital dan dunia permainan video yang menjadi inti kepada filem terbabait.
“Kami mahu menghasilkan sesuatu yang lebih digital, kerana ia berkaitan dengan permainan video. Mesej utama yang ingin disampaikan adalah semangat untuk tidak berhenti mengejar impian.
“Teruslah mengejar apa yang anda impikan dalam hidup kerana anda sendiri yang menentukan di manakah garisan penamatnya," katanya.
Kolaborasi Kreatif
Projek tersebut turut memberi peluang kepada kedua-dua penyanyi ini keluar dari zon selesa mereka dan mencuba sesuatu yang baru dalam karya.
Vanessa menyifatkan To The Finish Line sebagai sesuatu yang belum pernah diterokainya sebelum ini dan begitu teruja menimba pengalaman baharu.
“Saya tidak pernah menyanyikan lagu seperti ini. Genre ini merupakan pengalaman baharu kerana ia melibatkan kerjasama dengan seorang DJ dan elemen AI dalam cara nyanyian. Walaupun agak mencabar, tetapi pengalaman ini sangat menyeronokkan saya.
“Saya sangat suka dengan cara Rebel Asia rap, menjadikan saya tidak teragak-agak untuk berkolaborasi. Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengannya,” kata penyanyi lagu Rindu Searuh Nyawa itu lagi.
To The Finish Line bawa mesej tersendiri | FOTO: Sony Music Malaysia |
Turut bernada sama, Rebel Asia berkata, genre tersebut memberi peluang kepada mereka mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Lagu ini lebih kepada melodi EDM pop daripada hip-hop, dan itulah sebabnya saya teruja untuk terlibat sama dalam projek ini. Ia sesuatu yang segar,” tegasnya.
Harapan
Vanessa berharap single tersebut dapat menyentuh hati peminat dan memberi inspirasi buat semua orang.
“Semoga semua pendengar dapat menerima lagu ini dan fahami mesej yang cuba disampaikan, serta menggunakan lagu ini untuk video-video TikTok sehingga ‘trending’,” pintanya.
Sementara Rebel Asia pula mengharapkan agar lagu To The Finish Line dapat menghibur dan memberikan sesuatu yang positif kepada pendengar.
“Matlamat kami adalah agar lagu ini memberi inspirasi kepada semua pendengar untuk menjadi diri sendiri dan terus berusaha mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup, tidak kira apa jua cabaran yang dihadapi,” akahirinya.
Single To The Finish Line kini boleh didapati di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify dan YouTube Music.
Muzik Video (MV) rasmi yang menampilkan elemen visual digital mengagumkan dan diinspirasikan daripada filem secara eksklusif pula boleh ditonton di saluran YouTube sonymusicMYVEVO tidak lama lagi. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments