Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sze Fei-Nur Izzuddin juara Terbuka India


Oleh: SHAZAN ZAIDI
BEREGU lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar sejarah manis dengan kejayaan pertama bergelar juara pada musim 2025 menerusi Kejohanan Badminton Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi pada Ahad.

Pasangan beregu professional itu tampil dengan aksi cemerlang menewaskan pemain dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 21-15 pada set pertama, bagaimanapun tunduk 13-21 pada set kedua sebelum bangkit memuktamadkan kemenangan pada set penentuan dengan mata 21-16.

Pasangan Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebelum ini muncul juara Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada minggu lalu.

Izuddin-Sze Fei terus pamer aksi cemerlang


Pada kejohanan berstatus Super 750 itu, Sze Fei-Izzuddin selaku juara membawa pulang hadiah kemenangan bernilai AS$70,300 (RM316,653).

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di Terbuka India adalah pada tahun 2010 menerusi Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.

Pada tahun lalu, pasangan beregu ini menjuarai Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments