PELAKON veteran Dalyce Curry ditemui maut dalam tragedi kebakaran yang melanda Los Angeles, California, Amerika Syarikat baru-baru ini.Mayat Curry, 95, ditemui oleh pasukan penyelamat pada Ahad lalu di kediamannya di Altadena yang telah musnah akibat kebakaran dikenali sebagai Eaton Fire.
Menurut laporan media tempatan, kebakaran yang bermula 6 Januari itu telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa serta menyebabkan lebih 200,000 penduduk terjejas dan terpaksa berpindah.
Tidak hanya itu, tragedi kebakaran tersebut turut memusnahkan lebih 30,000 ekar kawasan termasuk beberapa kediaman mewah selebriti Hollywood yang terletak di Malibu dan Beverly Hills.
Curry yang mesra digelar sebagai ‘Momma D’, itu dikenali menerusi filem
The Blues Brothers, The Ten Commandments dan
Lady Sings the Blues.
Mendiang juga dianggap sebagai pelopor dalam komuniti Old Black Hollywood pada era 1950-an, membawa impak besar dalam dunia seni.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments