RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memulakan perjalanan tahun 2025 dengan pilihan program menarik dalam dan luar negara.
Setelah menyiarkan program candawara Korea tersohor, Running Man, terbaru RTM terus memenuhi citarasa penggemar siri Korea dengan menyiarkan pula program Buddy In The Wild.
Anda mungkin sudah biasa melihat selebriti Korea di layar kecil dalam pelbagai drama atau program hiburan, tetapi dalam Buddy Into The Wild, mereka menunjukkan sisi yang lebih asli dan 'down-to-earth'.
Ini memberikan peluang untuk mengenali mereka dengan lebih dekat dan menghargai usaha serta ketahanan mereka dalam menghadapi cabaran alam.
Saksikan selebriti Korea seperti Jung Hwan Ahn, Boom, Hong Jin-young, Young-Pyo Lee, Moon Se-yoon, Oh Dae-hwan dan Lee Joon-hyuk bekerjasama dalam misi luar biasa.
Dalam setiap episod, mereka akan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang memerlukan kekuatan fizikal, kerjasama dan kebijaksanaan untuk bertahan hidup serta menavigasi persekitaran yang liar.
Daripada mendaki gunung hingga meneroka hutan, program ini memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan penuh emosi, di samping menunjukkan sisi peribadi para selebriti yang jarang dilihat oleh peminat.
Buddy In The Wild bersiaran di TV2, pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam dan boleh juga ditonton menerusi RTMKlik. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments