[Nota Kedai Kopi Bandara]
MAESTRO terkemuka, Datuk Ramli MS (Tok Ram) mengatakan seseorang penyanyi itu perlu ada dua hal dalam menyanyi. Merdu dan Sedap.
Saya tertarik dengan pandangan bernas Tok Ram ini ketika memberi komen pada konsert minggu kelapan, program Gegar Vaganza 11 (GV11).
Hari ini saya merasakan tidak ramai penyanyi yang menyanyi dengan sedap serta merdu berbanding penyanyi zaman Tan Sri P. Ramlee mahupun Puan Sri Saloma.
Pun begitu, bagi saya era 70-an adalah zaman penyanyi bersuara merdu dan sedap, lunak dilahirkan. Mengambil contoh Datuk Sharifah Aini, Datuk D.J Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Julie Remie, Sanisah Huri, Datuk Ahmad Jais, J.Mizan, Kartina Dahari, Sarena Hashim, M.Sani dan ramai lagi ada trademark tersendiri dalam nyanyian mereka.
Sekilas kita pejam mata, akan tahu siapa penyanyi tersebut. Mereka tidak berlebihan dalam nyanyian. Namun cukup menghiburkan dan merdu didengar.
Sebagai contoh lagu malar segar Patah Hati yang kerap kali diulang nyanyi oleh ramai penyanyi. Lagu ini memiliki lirik yang meruntun jiwa.
Cerita tentang rasa cinta yang tewas. Hati yang parah terluka. Tidak ramai penyanyi sekarang boleh membawakan lagu Patah Hati ini dengan baik sekali.
Tan Sri S.M. Salim, Sharifah Aini, Datuk Sudirman dan Datuk Sri Siti Nurhaliza sahajalah ketika menyanyikan Patah Hati cukup menikam perasaan. Merdu dan sedap didengar.
Antara keempat-empat penyanyi legenda tersebut jika dipertandingkan siapa paling terhebat menyanyikan Patah Hati, tempat pertama adalah Sudirman, diikuti Sharifah Aini, S.M Salim dan Siti Nurhaliza.
Nyatanya Patah Hati bukan lagu yang mudah untuk dinyanyikan. Siti Nurhaliza generasi terkini yang memiliki suara merdu dan sedap pun tidak mampu menewaskan tiga legenda tersebut.
Patah Hati oleh Siti Nurhaliza belum remuk redam rasanya berbanding Sudirman, Sharifah Aini maupun S.M Salim.
Anda boleh dengar versi keempat-empat mereka di YouTube dan nilaikan sendiri sama ada pandangan saya ini benar atau sebaliknya.
Kita akan mendengar versi berbeza keempat-empat legenda ini cukup sempurna. Tetap sedap dan merdu, seperti mana kata Tok Ram.
Penyanyi hari ini merasakan melontarkan suara tinggi hingga terpaling ke langit, merekalah hebat. Anda mungkin merasakan begitu. Tetapi bab sedap merdu itu ada di mana?
Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) akan berlangsung Februari ini, saya melihat perang vokal akan menjadi taruhan utama setiap peserta. Percayalah, para peminat akan bersorak ketika siapa yang siapa paling lantang menjerit vokalnya.
Tanpa prejudis, saya rasa sudah sampai masanya soal merdu dan sedap dititik-beratkan dalam penjurian vokal terbaik.
Untuk persembahan terbaik si penyanyi bolehlah berkreatif dari corak persembahan, vokal dan aspek busana, tetapi pihak penjurian bab vokal terbaik fokuslah pada mereka yang bersuara merdu, sedap, lunak dan menyentuh hati. - 7KLIK
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)
ARTIKEL LAIN:

~ Nota by Jebat Iskandar ~

0 Comments