PENYANYI Arrora Salwa akhirnya menamatkan persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kelapan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Pada minggu yang mengangkat tema 'kengkawan' di mana lagu dipilih oleh rakan peserta lain, Arrora menyampaikan lagu Cinta Hanya Sandaran, nyanyian asal Siti Nordiana.
Bagaimanapun persembahan tersebut gagal menambat hati barisan juri apabila penyanyi itu hanya memperoleh markah 55.20 peratus (%) sekali gus berada di tangga tercorot.
“Alhamdulillah akhirnya sampai juga saya ke minggu ke lapan. Saya lega kerana seksa saya dah habis. Terima Kasih kepada kelab peminat, barisan juri dan pihak Astro,” ujarnya.
Sementara itu, trio The Lima buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara mingguan apabila tampil dengan persembahan terbaik mereka menerusi lagu Aku Bukan Untukmu (Datuk Rossa).
Kumpulan asal Indonesia itu mendapat markah 74.40%, sekali gus mengatasi Liza Aziz dan Ning Baizura yang masing-masing berada di kedudukan tempat kedua dan ketiga.
Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK
Kedudukan dan markah peserta pada minggu kelapan
1. The Lima - Aku Bukan Untukmu (74.40%)
2. Liza Aziz - Masing-Masing (74%)
3. Ning Baizura - Keabadian Cinta (73.60%)
4. Sheila Abdull - Bunga-Bunga Cinta & Dedebu Cinta (68.70%)
5. Dyrga Dadali - Separuh Aku (66.70%)
6. Fairuz Selamat - Satu (63.90%)
7. Ronnie Hussein - Janji Kita (59.60%)
8. Zehra Zambri - Kau Pergi Tanpa Pesan (58.60%)
9. Arrora Salwa - Cinta Hanya Sandaran (55.20%) - TERSINGKIR
ARTIKEL LAIN:
0 Comments