Hot Posts

6/recent/ticker-posts

APT raih lebih 700 juta tontonan di YouTube, Rosé terus hangat dengan pelbagai pencapaian baharu

Usaha keras Rosé berbaloi apabila album solo penuh pertamanya, Rosie mendapat sambutan luar biasa daripada peminat | FOTO: Instagram Rosé

Oleh: AILEEN ADAM
BINTANG K-Pop kesayangan ramai, Rosé terus mencipta fenomena apabila muzik video lagu kolaborasinya bersama penyanyi Bruno Mars, APT berjaya melepasi 700 juta tontonan di saluran YouTube pada 28 Disember lalu.

Muzik video ringkas berlatar belakang dominasi warna hitam dan pink itu mencatatkan jumlah tontonan yang luar biasa semenjak dilancarkan pada 18 Oktober 2024.

Apa yang membanggakan jumlah tontonan tersebut dicapai hanya dalam masa 70 hari, sekali gus memadam rekod yang sebelum ini dipegang oleh PSY selama 12 tahun menerusi lagu Gangnam Style yang melakar sejarah tersebut dalam tempoh 118 hari. 

Sehingga artikel ini ditulis, APT telah mencatat sebanyak 765,230,017 jumlah tontonan. Semestinya ia merupakan satu pencapaian yang cukup istimewa, selain mencipta sejarah tersendiri buat Rosé dalam kerjaya solonya.

Kolaborasi antara Rosé dan Bruno Mars menerusi APT cipta fenomena tersendiri  | FOTO: Instagram Rosé


Anggota Blackpink itu juga mencuri perhatian dengan single Number One Girl dan Toxic Till The End yang dimuatkan dalam album solo pertamanya, Rosie yang rilis pada 6 Disember lalu.

Lagu-lagu lain daripada album sama yang turut menjadi siulan ramai ialah Two Years, 3am, Still a Little Longer, Not the Same, Call It The End, Too Bad For Us, Drink Or Coffee, Game Boy dan Dance All Night.

Menjelang Mei tahun ini, Rosé akan kembali aktif menjayakan aktiviti seni bersama kumpulannya, Blackpink yang turut dianggotai oleh Jennie, Jisoo dan Lisa untuk tampil dengan album baharu dan mega siri konsert jelajah dunia mereka. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:


TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments