PENYANYI Mariah Carey mencuri perhatian ramai apabila memberi 'hadiah istimewa' buat Rihanna yang hadir menyaksikan persembahannya di Mariah Carey's Christmas Time Tour yang berlangsung di Barclays Center, New York, Amerika Syarikat pada Rabu.
Carey, 55, pada awalnya tidak mengetahui kehadiran Rihanna terkejut apabila melihat kelibat pelantun lagu Diamond itu bersama penonton di bahagian depan pentas.
Dia kemudian turun dari pentas untuk menyapa bintang berusia 36 tahun itu sebelum Rihanna memintanya menurunkan tandatangan di bahagian dada kirinya.
Carey tanpa ragu menunaikan permintaan spontan penyanyi itu sehingga mendapat sorakan gemuruh penonton. Rakaman aksi tidak terjangka itu pantas tular dan menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Menyambut sorakan penonton, Rihanna berkongsi keterujaannya menerima tanda tangan istimewa daripada bintang kesayangannya itu.
"Mariah Carey tandatangan pada bahagian dada saya, ini benar-benar epik," jerit Rihanna ke arah kamera di depannya.
Konsert Mariah Carey's Christmas Time Tour kembali bersambung setelah Carey membatalkan persembahan di Pittsburgh pada 11 Desember, beberapa jam sebelum konsert bermula kerana kurang sihat.
Dalam pada itu, setiap kali tiba sambutan perayaan Krimas, lagu nyanyian Carey, All I Want for Christmas Is You yang dihasilkan sejak tiga dekad lalu kembali hangat berkumandang di seluruh dunia.
Menurut laporan The Economist yang dipetik daripada Forbes, pada 2022, penyanyi itu meraih sekitar US$2.5 juta hasil daripada royalti tahunan lagu itu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments