Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tip perjalanan 2025: 5 Percutian dengan hanya 5 hari cuti tahunan!


MENERUSI kalendar yang meriah dengan cuti umum pada 2025, ia memberi peluang dan masa terbaik untuk rancang percutian impian anda.

Panduan ringkas ini mungkin dapat membantu anda nikmati lima hujung minggu panjang dengan mudah. Cuma ambil satu hari cuti tahunan untuk setiap cuti umum yang disenaraikan, dan anda boleh ubahnya menjadi lima percutian sempurna.

Sama ada anda mahu jelajah tempat-tempat cantik di Malaysia atau kembali ke destinasi kegemaran, ini adalah idea percutian yang sesuai untuk setiap cuti umum.

| FOTO: Pahang Tourism

1. Tahun Baharu Cina - 29 & 30 Januari (Rabu & Khamis)
Cuti Tahunan: 31 Januari (Jumaat)

Daripada terperangkap dalam kesesakan ke utara sempena Tahun Baharu Cina, apa kata anda pilih percutian yang lebih santai dan dekat dengan alam semula jadi di Pahang.

Terokai keajaiban Taman Negara, hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna unik. Malah anda mungkin berpeluang melihat harimau dan haiwan menarik lain di habitat semula jadi mereka. Untuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan, cuba menaiki perahu kayu merentasi jeram.

Jika bertemu harimau atau menempuh jeram terasa terlalu mencabar, Pahang juga mempunyai pengalaman alam semula jadi yang lebih santai.

Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, anda boleh memberi makan, memandikan, dan belajar tentang gajah Malaysia melalui sesi interaktif yang menyeronokkan.

Tidak jauh dari situ, singgah di Deerland Park untuk berinteraksi dengan rusa, arnab, dan burung merak. Aktiviti ini bukan saja menarik untuk dewasa, tapi juga sesuai untuk kanak-kanak untuk merasai pengalaman mesra keluarga yang penuh keceriaan.


FOTO: Wonderful Indonesia

2. Hari Pekerja - 1 Mei (Khamis)
Cuti Tahunan: 2 Mei (Jumaat)  

Hari Pekerja adalah peluang terbaik untuk meraikan kerja keras anda dengan percutian yang berbaloi. Ambil cuti pada hari Jumaat dan nikmati percutian empat hari yang santai dengan menaiki feri redBus ke Batam.

Pulau ini menawarkan gabungan sempurna antara ketenangan dan keseronokan dari resort pantai yang mendamaikan hingga peluang membeli-belah bebas cukai yang sukar dilepaskan.

Jangan lupa singgah di mercu tanda ikonik seperti Jambatan Barelang, rangkaian enam jambatan yang menghubungkan tiga pulau, dan Nagoya Super Block untuk sesi terapi beli-belah yang memuaskan.

FOTO: Tourism Johor

3. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong - 2 Jun (Isnin)
Cuti Tahunan: 30 Mei (Jumaat)

Luangkan masa sempena Hari Keputeraan YDPA dengan menerokai Johor, bermula dengan lawatan ke Laman Mahkota, yang menempatkan replika mahkota diraja ikonik.

Jangan lupa untuk melawat Monumen Kemahkotaan Johor, mercu tanda baharu yang menakjubkan di Dataran Batu Hampar.

Selepas permulaan bertemakan Diraja itu, teruskan perjalanan ke arah timur ke Desaru Coast untuk percutian santai. Temui biodiversiti yang kaya melalui aktiviti memerhati burung atau sertai lawatan pendidikan di Pantai Desaru dan kolam pasang surut untuk pengalaman yang berlainan dan penuh dengan keindahan alam semula jadi.


FOTO: Sabah Tourism Board

4. Hari Malaysia - 16 September (Selasa)
Cuti Tahunan: 15 September  (Isnin) 

Jadikan Hari Malaysia anda lebih bermakna dengan merancang cuti hujung minggu yang tidak boleh dilupakan. Ambil cuti pada hari Isnin dan terokai keajaiban Sabah atau Sarawak.

Hari istimewa ini memperingati pembentukan Persekutuan Malaysia, menjadikannya masa yang tepat untuk menikmati kekayaan warisan Malaysia Timur.

Di Sabah, nikmati keindahan semula jadi dengan melawat Taman Kinabalu, Poring Hot Spring, Ladang Tenusu Desa, dan Pekan Nabalu. Untuk pengalaman yang mudah dan teratur, pilih pakej 4H3M Kota Kinabalu dan Kundasang yang tersedia di redBus.

Jika Sarawak menjadi pilihan anda, jangan lepaskan peluang melawat Kampung Budaya Sarawak atau menerokai taman negara yang indah dan mercu tanda ikonik negeri ini, seperti Patung Kucing terkenal di sepanjang Kuching Waterfront.


FOTO: Resorts World Genting

5. Krismas - 25 Disember (Khamis)
Cuti Tahunan: 26 Disember (Jumaat)

Malaysia menyambut Krismas di bawah sinar matahari, jadi mengapa tidak melarikan diri ke udara sejuk di Genting Highlands untuk sambut percutian ini.

Resorts World Genting terkenal dengan transformasinya menjadi Winter Wonderland yang magikal pada hujung tahun, menawarkan aktiviti unik setiap musim untuk menarik pengunjung. Dengan laluan bas ke Genting, perjalanan ke sana menjadi lebih senang.

Sementara di sini, nikmati keseronokan di Genting Skytropolis Indoor Theme Park, atau naik gondola yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Ia adalah tempat percutian Krismas yang sempurna, menawarkan kegembiraan perayaan dan tarikan yang menarik.

Perancangan percutian anda menjadi lebih mudah dengan redBus. Nikmati perjalanan yang senang dengan tempahan bas dan feri lebih awal, dan terokai 'Things to Do' untuk menempah tiket ke tarikan dan lawatan dengan mudah. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments