PENYANYI dan pelakon Nabila Razali selamat melahirkan cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada malam Isnin.
Berita gembira itu dikongsi wakil pengurusan Nabila Razali Entertainment dalam satu kenyataan.
Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd. Razali, atau lebih mesra disapa sebagai Bella, 32, melahirkan bayi lelaki seberat 3.1 kilogram secara pembedahan.
Penyanyi lagu Peluang Kedua itu meluahkan rasa syukur dan menganggap kelahiran cahaya matanya itu sebagai anugerah buat dirinya.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan. Akhirnya, Allah SWT kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Bella mendirikan rumah tangga dengan suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39, pada 18 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Tinggi, Pahang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments