| FOTO: Instagram Taylor Swift |
Oleh: SORAYA AFNAN
SIKAP pemurah bintang pop sensasi Taylor Swift sememangnya harus dipuji apabila sentiasa menghargai sumbangan orang-orang di sekelilingnya atas setiap kejayaan yang dicapai.
Terbaru Swift atau nama lengkapnya Taylor Alison Swift, berkongsi rezeki dengan memberikan bonus sebanyak USD197 juta atau sekitar RM872 juta kepada para pekerja belakang tabir yang terlibat dengan konsert siri jelajah dunia, The Eras Tour yang bermula pada Mac 2023 lalu.
Umpama satu tradisi buat dirinya, Swift, tidak pernah lupa untuk menyatakan penghargaannya atas sumbangan dan kerja keras setiap orang yang terlibat dalam setiap projek yang dilakukan.
Pemberian bonus itu diagihkan kepada semua bahagian seperti katering, pemandu lori, tukang kayu, krew lampu, jurutera bunyi, jurutera instrumen, jurusolek, juru dandan, pakar terapi, penari, pemuzik, pengawal peribadi, juru ikat dan pasukan cenderahati.
Pengumuman tersebut dibuat penyanyi berusia 35 tahun itu selepas selesai menjayakan konsert terakhir dalam siri jelajah tersebut di Vancouver, Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.
Swift memperoleh pendapatan sehingga RM8.85 billion menerusi 149 persembahan yang dibuat dalam siri konsert The Eras Tour, dengan kehadiran seramai 10,168,008 peminat, lapor Variety.
Difahamkan pendapatan tersebut telah melakar sejarah baharu yang dicipta Swift dalam industri muzik selepas Coldplay mengutip keuntungan sekitar RM4.4 bilion menerusi 156 lokasi siri jelajah konsert Music of the Spheres World Tour pada Ogos lalu.
Dalam pada itu, New York Times turut melaporkan, konsert The Eras Tour meraih penonton terbesar di Stadium Wembley, London, dengan kehadiran 753,112 orang penonton dalam tempoh empat hari. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- dua-lipa-jalan-jalan-di-batu-caves
- jennie-lisa-buat-penampilan-solo-di
- rose-hargai-nasihat-perhatian-taylor
TONTON VIDEO PILIHAN
0 Comments