ROCKQUEEN sebuah jenama gaya hidup yang diasaskan oleh Ratu Rock Malaysia, Ella, dalam usahanya merevolusi dunia fesyen.
Jenama yang diperkenalkan pada 2021 itu beraspirasi dalam memberikan keseimbangan antara fesyen berani yang penuh gaya fesyen sederhana tampak elegan dan direka untuk memperkasa wanita agar dapat menerima keunikan diri mereka dengan penuh yakin.
Menurut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, Rockqueen bukan sekadar jenama, tetapi ia adalah satu pernyataan.
“Ia tentang memperkasakan wanita untuk merasa yakin, kuat, dan menjadi diri mereka tanpa rasa ragu.
"Kami menjenamakan semula maksud kesopanan tanpa mengabaikan gaya,” ujar penyanyi lagu Layar Impian itu.
Dikenali dengan fesyen elegan dan kerjaya muzik yang mencetus revolusi, visi Ella untuk Rockqueen lahir daripada keinginan untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif, dan budaya ekspresi diri.
Jenama ini diinspirasikan oleh gaya urban dengan sentuhan kesederhanaan, direka untuk keselesaan dalam pergerakan.
Setiap rekaan menggabung elemen elegan minimalis dengan perincian berani, meraikan keunikan individu sambil tetap berpegang pada nilai tatasusila.
Daripada pakaian serbaguna yang boleh digayakan untuk apa-apa majlis hingga keperluan harian yang santai dan bergaya, koleksi pakaian Rockqueen menjanjikan untuk memenuhi keperluan wanita yang ingin mengekspresi keperibadian mereka sambil mengekalkan elemen keanggunan dan keselesaan.
Direka selari seimbang untuk pergerakan dan fleksibiliti, rekaan Rockqueen sangat sesuai untuk wanita moden yang mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.
Misi Rockqueen melangkaui fesyen dan ia bertujuan untuk mencipta komuniti wanita yang berdaya maju, saling menyokong, dan menjadi teladan.
Jenama ini bercita-cita menjadi simbol perpaduan, positif, dan kekuatan dalam kepelbagaian citarasa. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments