KONSERT One Love Music Festival yang dijadualkan berlangsung di MAEPS, Serdang pada hari ini, 21 Disember telah dibatalkan.
Keputusan membatalkan konsert tersebut dibuat pada saat-saat akhir susulan masalah kekurangan dana yang dihadapi pihak penganjur, Tuff KL.
Menerusi satu kenyataaan yang dikeluarkan kepada poihak media pada Jumaat, Pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil, berkata, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi.
"Dengan rasa penuh kesal, Tuff KL ingin memaklumkan One Love Music Festival, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember 2024 di MAEPS, Serdang, terpaksa dibatalkan akibat kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.
"Kami ingin menegaskan bahawa pembatalan ini tidak melibatkan mana-mana rakan strategik, penaja, atau vendor yang terlibat.
"Tuff KL mengambil tanggung jawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan,"ujarnya.
Pihak penganjur turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat pembatalan tersebut kini dalam proses menguruskan perkara berbangkit termasuk pemulangan semula wang kepada mereka yang udah membeli tiket.
"Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.
"Pihak kami sedang menguruskan proses berkaitan pembatalan, termasuk pemulangan dana kepada pembeli tiket. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasmi kami, @olmfest_ dalam masa terdekat.
"Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor. Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan," tegasnya.
One Love Music Festival merupakan sebuah acara muzik yang sepatutnya bakal menyaksikan gabungan artis dan dari Malaysia dan Indonesia pada satu pentas yang terdiri daripada Hujan, Drama Band, Salma Salsabil, Nadin Amizah, Bunkface dan ramai lagi. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments