Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menyelami sejarah gladiator di Anatolia

| FOTO: TGA

SEKUEL filem Gladiator hasil arahan Ridley Scott yang lama dinanti-nantikan ternyata memikat hati penonton di seluruh dunia dengan adegan pertarungannya yang cukup menakjubkan.

Gladiator, pedang dan aksi pertarungan sememangnya mengujakan. Namun, inilah kelainannya yang nyata menarik.

Tahukah anda bahawa Anatolia pernah menjadi lokasi popular bagi pertarungan gladiator seperti yang digambarkan dalam filem tersebut?

Ketika pemerintahan zaman Rom, Anatolia memainkan peranan penting dalam menyebarkan budaya gladiator.

Kota purba Stratonikeia FOTO: TGA

Hari ini, Türkiye dikelilingi dengan kota purba yang membolehkan anda meneroka kesan tinggalan gladiator di Anatolia, daripada teater yang menganjurkan acara pertarungan sehinggalah artifak yang menggambarkan pahlawan ini.

Apabila 2024 diisytiharkan sebagai 'Zaman Keemasan Arkeologi Turki,' penggalian secara berterusan mungkin dapat memberi lebih banyak lagi pendedahan tentang gladiator.

Anda boleh kunjungi Türkiye dan mulakan pengembaraan menarik di bandar gladiator yang paling terkenal di Anatolia.

Perpustakaan Celsus di Ephesus purba FOTO: TGA

Ephesus: Di sini segalanya bermula

Salah satu daripada bandar Anatolia pertama yang menganjurkan pertarungan gladiator ialah Ephesus, yang ketika itu merupakan ibu kota Rom Asia.

Ketika pertandingan di Ephesus, tiupan daripada tanduk dibunyikan sebelum pertarungan gladiator, dan suasana keraian pun bermula.

Kesan peninggalan gladiator boleh dilihat kini di teater dan runtuhan stadium di tapak warisan UNESCO Ephesus di mana mereka bertarung satu ketika dulu.

Grafiti gladiator menghiasi dinding struktur ini, dan Muzium Ephesus Museum di Ä°zmir menempatkan barangan seharian seperti lampu minyak dan batu nisan dengan gambaran gladiator.

Selain itu, Muzium Pengalaman Ephesus turut mengalu-alukan pengunjung yang ingin merasai pengalaman kehidupan seharian Ephesus secara peribadi.

Sepanjang musim panas, orang ramai boleh mengunjungi Ephesus sehingga tengah malam di bawah cahaya yang mempesonakan.

Teater purba Hierapolis FOTO: TGA 

Hierapolis: Di sini peraturan ditetapkan

Hierapolis, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang bersebelahan dengan travertine Pamukkale di Denizli, menjadi tarikan masa kini dengan tinggalan runtuhannya yang terpelihara dengan baik.

Terkenal dengan air hangatnya yang mempunyai unsur penyembuhan sepanjang sejarah, Hierapolis juga mempamerkan bukti pertarungan gladiator ini, daripada inskripsi kepada ilustrasi yang dapat dilihat di Muzium Hierapolis.

Malah, dua inskripsi turut memberikan maklumat bahawa pertarungan tersebut dijalankan dengan peraturan dan diawasi oleh pengadil di kota berkenaan, yang menunjukkan kemungkinan adanya organisasi gladiator yang kekal di sini.

Runtuhan kota purba Stratonikeia FOTO: TGA

Stratonikeia: Di sini gladiator dilatih   

Sukan sentiasa menjadi perkara penting di kota purba Stratonikeia di MuÄŸla sehinggakan mereka membina gimnasium terbesar pada zaman dahulu.

Justeru, Stratonikeia dikenali sebagai 'kota gladiator' sepanjang zaman. Ia merupakan pusat di mana gladiator berlatih, melakukan demonstrasi dan menghabiskan hidup mereka selepas bersara.

Bandar ini yang diiktiraf sebagai salah satu bandar marmar terbesar di dunia, menempatkan kubur dan batu nisan kepunyaan gladiator yang digali oleh ahli arkeologi sehingga kini.

Stadium purba Aphrodisias FOTO: TGA

Aphrodisias: Di sini penonton bersorak untuk gladiator

Aphrodisias di Aydın, satu lagi tapak UNESCO di Türkiye, terkenal dengan kuari marmar, pengukir mahir dan arca marmar yang halus.

Namun begitu, stadium bandar tersebut juga merupakan satu keajaiban kejuruteraan purba yang menjadi salah satu stadium Rom yang terpelihara dengan sangat baik di dunia.

Struktur besar ini yang boleh menampung sehingga 30,000 penonton, merupakan  gelanggang pertandingan gladiator yang cukup mendebarkan itu.

Berjalan melalui deretan tempat duduk batu, anda bagaikan boleh mendengar gema penonton yang bersorak dan merasai adrenalin pertandingan purba ini. Terowong yang dilalui oleh gladiator untuk masuk dan keluar dari arena juga  dipelihara di sini.

Stadium purba Kibyra FOTO: TGA

Kibyra: Di sini gladiator pernah berkelana

Kibyra ialah satu daripada bandar terpenting dalam tamadun Rom dan pusat hiburan bercirikan Rom seperti pertarungan gladiator.

Di pintu masuk bandar ini adalah stadiumnnya yang dipercayai pernah menganjurkan pertarungan gladiator epic, lantas mewariskan Kibyra dengan gelaran 'Kota Gladiator', seperti Stratonikeia. Koleksi hiasan dinding gladiator yang paling banyak dari zaman dahulu turut ditemui di Kibyra.

Selain daripada corak seni pahat ini, pengunjung boleh menyaksikan air pancut monumental yang mula mengalir semula selepas menjalani proses pemulihan secara menyeluruh. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments