Iman (dua dari kanan) bersama Norman, Edry dan Yusry | FOTO: Icon Entertainment |
TIKET konsert GENKRU oleh kumpulan KRU yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mei tahun depan habis terjual dalam tempoh satu jam.
Pembelian secara dalam yang bermula pada jam 11 pagi Jumaat itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang ternyata teruja dengan 'reunion' trio popular yang dibarisi oleh Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry Abdul Halim itu. Tiket GENKRU dijual dengan harga RM258, RM358, RM478, RM508, RM548), dan RM588.
Penganjurnya, Iman Tang yang juga pemilik Icon Entertainment dalam satu kenyataan, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU atas sokongan diberikan sehinggakan tiket konsert GENKRU habis dijual pada jam 12 tengah hari.
"Kami amat terharu dengan sambutan ini. Fenomena yang sudah dijangka kerana melihatkan populariti dan profil KRU yang merupakan salah satu ikon negara kita.
"Kami buka pembelian tiket pada pukul 11 pagi tadi dan kini habis dijual. Namun kami rasa lebih terharu dengan sambutan yang di luar jangakaan awal dan tiket sudah sold out!
"Seramai 10,000 pembeli tiket sudah bersedia untuk 'battle' tiket seawal 8.30 pagi. Saya kira ini merupakan satu penghargaan dan respon positif untuk artis tanah air kita," katanya.
Susulan sambutan luar biasa dan atas permintaan ramai, Icon Entertainment akan mengumumkan konsert hari kedua dalam masa terdekat termasuk penjualan tiket untuk persembahan tambahan itu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments