PELAKON Lan Zailan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar jam 4.21 pagi Khamis.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak pada usia 66 tahun akibat kanser pankreas tahap empat.
Perkhabaran duka itu dikongsi isteri Allahyarham iaitu Ruby Sara Omar.
"Arwah meninggal dunia jam 4.21 pagi. Semua keluarga ada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir," katanya sebagaimana dilaporkan media.
Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid As Salam Puchong Perdana untuk pengurusan, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya Selangor.
Terdahulu Allahyarham Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin menjalani rawatan di PPUM sejak 27 November lalu, sebalum disahkan kanser yang dihidapi merebak ke hati dan paru-paru.
Ketika hayatnya, Allahyarham yang mula aktif dalam dunia lakonan sekitar tahun 1980-an itu pernah membintangi beberapa filem dan puluhan drama termasuk, Rumah Kedai, Gerak Khas, Takdir Itu Milik Aku, Bini-Biniku Gangster dan lain-lain. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments