Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Zus Coffee raikan ulang tahun kelima dengan konsert Lokal Kasi Vokal


ZUS Coffee, jenama kopi inovatif Malaysia, mengakhiri acara jelajah ‘Made in Malaysia’ dengan finale yang mengujakan.

Acara itu juga merupakan tanda sambutan ulang tahun kelima jenama kopi tempatan ini dengan festival musik Lokal Kasi Vokal, yang menyaksikan gabungan bakat-bakat popular Malaysia ini di Awana, Genting Highlands.

Bermula sebagai sebuah kiosk kopi yang kecil di Kuala Lumpur, jenama kopi Malaysia itu kini mempunyai lebih 500 kedai di seluruh Malaysia.

Pengembangan luar biasa Zus Coffee sejak lima tahun lalu tidak dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia, yang menjadikan ZUS Coffee sebagai sebahagian daripada keperluan harian mereka dan memperkasakannya untuk berkembang menjadi jenama tempatan yang membanggakan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Zus Coffee, Venon Tian, pihaknya teruja meraikan ulang tahun kelima jenama itu bersama komuniti yang telah menjadi penting kepada pertumbuhan luar biasa mereka sejak lima tahun yang lalu.

“Kami bangga untuk mempromosikan perniagaan buatan Malaysia sepanjang jelajah ini, dan tidak sabar untuk meningkatkan lagi penglibatan kami di ruang komuniti yang bertenaga ini yang saling menggalakkan dan menyokong satu sama lain.

"Jelajah ‘Made in Malaysia’ ini juga melambangkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan barangan keperluan di mana-mana.

"Walaupun kami dengan bangganya memegang label jenama Buatan Malaysia, visi kami untuk masa depan adalah jelas untuk berkongsi rasa-rasa khas serta kemesraan Malaysia dengan dunia. Festival ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami, tetapi juga sebuah landasan pelancaran ke arah yang baharu,” ujarnya.

Acara itu dimulakan dengan bazar Kampung ‘Made in Malaysia’ yang meriah pada sebelah pagi, menampilkan pelbagai peniaga- peniaga tempatan dan gerai-gerai makanan.

Bazar tersebut menawarkan platform untuk perniagaan-perniagaan kecil untuk berinteraksi dengan para pengunjung.

Dihoskan di The Great Lawn of Resorts World Awana dan dipersembahkan secara eksklusif oleh Resorts World Genting, bazar itu meraikan kemeriahan produk buatan Malaysia.

Persembahan artis

Keseronokan berterusan hingga ke malam dengan konsert Lokal Kasi Vokal, yang menampilkan barisan persembahan yang mengagumkan, termasuk penampilan sulung maskot rasmi Zus Coffee, dikenali sebagai Zus Buddies sebahagian daripada aksi pembukaan.


Malam itu menyaksikan persembahan yang lebih menakjubkan daripada barisan artis terkenal tanah air seperti Ella, Jaclyn Victor dan Faizal Tahir bersama bintang-bintang sedang meningkat naik iaitu Bunga, Midnight Fusic, LOKO, dan Zeppo Youngsterz.

Jelajah ‘Made in Malaysia’ telah bermula di Sarawak dan Sabah, sebelum mengembara melalui 11 negeri di seluruh Malaysia Barat, dengan menonjolkan pelbagai perniagaan dan artis-artis tempatan di setiap lokasi perhentian.

Jelajah tersebut adalah sebahagian daripada misi Zus Coffee untuk menyokong dan meningkatkan perniagaan buatan Malaysia.

Dengan lebih 3,000 pengunjung di Genting Highland, festival Lokal Kasi Vokal itu menunjukkan peranan Zus Coffee sebagai lebih daripada sekadar jenama kopi, malah adalah pemangkin untuk perayaan budaya dan hubungan komuniti. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments