Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tidak ketepikan peminat Malaysia, 2NE1 pilih 1 Februari 2025 untuk beraksi


Oleh: AILEEN ADAM
SEBELUM ini ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila Malaysia tidak termasuk sebagai salah satu lokasi konsert jelajah Asia 'Welcome Back' ikon K-Pop terkenal, 2NE1.

Agensi kumpulan itu, YG Entertainment dalam pengumumannya menyatakan, konsert jelajah reunion 2NE1 di Asia hanya akan melibatkan kota utama termasuk Bangkok, Taipei, Hong Kong, Singapura, Manila dan Jakarta.

Susulan itu ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta agensi itu menambah persembahan dengan memasukkan Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi memandangkan kumpulan itu mempunyai pengikut yang sangat ramai di Malaysia.

Setelah membuat pertimbangan semula dan atas permintaan ramai, agensi itu pada Rabu lalu membuat pengumuman baharu mengenai tarikh konsert tambahan dan lokasi baharu untuk jelajah kumpulan itu.

Akhirnya Kuala Lumpur termasuk dalam senarai tersebut di mana peminat boleh menyaksikan 2NE1 yang dianggotai oleh CL, Dara, Park Bom and Minzy itu beraksi pada 1 Februari 2025.

Bagaimanapun butiran mengenai harga dan penjualan tiket belum dikeluarkan buat masa ini. Dua lagi lokasi baharu yang turut diumumkan ialah Ho Chi Minh dan Macao. 

Berita tersebut semestinya menggembirakan para peminat kumpulan yang popular dengan lagu I Am The Best itu yang pantas membanjiri ruangan komen hantaran pengumuman yang dibuat YG Entertainment .

Masing-masing meluahkan keterujaan apabila akhirnya dapat menjadi sebahagian daripada mereka menyaksikan persembahan reunion 2NE1 secara langsung di Kuala Lumpur.

Kali terakhir kumpulan itu membuat persembahan di Malaysia adalah menerusi konsert jelajah '2014 2NE1 World Tour All Nothing' di Stadium Negara pada 2014. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments