KC Global Media dengan kerjasama Astro membawakan ONE Astro Fest yang menjanjikan hiburan Korea terunggul dan aktiviti menyeronokkan dibarisi bintang ternama buat rakyat Malaysia.
Berlangsung hanya satu hujung minggu bermula 22 hingga 24 November di Sunway Pyramid Orange Concourse, rasai pengalaman eksklusif sesi meet and greet bersama bintang Korea Yeo Jin Goo.
Peminat akan disajikan dengan persembahan secara langsung dan berpeluang bermain permainan dan merakam foto bersama bintang popular itu.
Tidak hanya itu, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan di booth tersedia, termasuk aktiviti bertemakan siri popular, Running Man.
Diikuti aktiviti menguji pengetahuan dunia hiburan Koreadalam pelbagai aktiviti menarik termasuklah Pictionary K-Edition, Guess the K-Drama dan K-Drama Super Fan.
Pada acara sama, orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan barisan artis Gegar Vaganza 2024, selain penampilan artis-artis popuar termasuk Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Naim Daniel, Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Alvin Chong, Siti Khadijah, Amad Baharin, Siti Elizad, dan ramai lagi.
ONE dan Astro Rewards teruja untuk menawarkan peluang kepada 50 pelanggan bertuah untuk memenangi sesi foto eksklusif bersama Yeo Jin Goo. Untuk menyertai peraduan ini, muat turun aplikasi My Astro dan sertai sebelum 20 November 2024.
Pengasas Bersama, CEO dan Presiden KC Global Media, George Chien, berkata, pihaknya teruja membawakan ONE Astro Fan Fest di Malaysia untuk meraikan peminat dunia hiburan Korea yang semakin meluas.
"ONE merupakan Saluran Hiburan Korea #1 di Asia Tenggara dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro membawakan kandungan berkualiti untuk kalian semua.
"Peminat di Malaysia merupakan antara yang paling berdedikasi yang pernah kami lihat, dan kami berharap semua peminat Korea (K-fans) dapat menyertai acara eksklusif ini, terutama sesi meet and greet dengan Yeo Jin Goo dan pelbagai aktiviti yang diacarakan oleh selebriti tempatan kegemaran anda.
"ONE kekal komited untuk menyalurkan kandungan Korea paling terkini dan mengujakan untuk penonton di Asia, dengan banyak rancangan diluncurkan lebih awal di saluran kami," ujarnya.
ONE turut bekerjasama dengan Universiti Sunway untuk membawa keterujaan ONE Astro Fan Fest ke dalam talian.
Dibimbing oleh seorang pencipta kandungan tempatan, pelajar-pelajar Universiti Sunway akan mencipta kandungan yang menarik, merakam detik-detik berharga dan sorotan acara, memastikan tiada peminat yang terlepas pengalaman ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments