| KREDIT FOTO: BERNAMA |
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencatat sejarah manis apabila menjadi penerima Anugerah Biduan Negara pada Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung pada malam Rabu.
Pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin, 45, merupakan penyanyi wanita ketiga yang menerima pengiktiran istimewa itu selepas Allahyarham Saloma pada 1978 dan Allahyarham Sharifah Aini (2006).
Sementara seorang lagi legenda seni yang menerima anugerah itu ialah Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013). Ia sekali gus menyaksikan hanya empat penyanyi legenda yang pernah menerima pengiktirafan tertinggi itu.
Sementara seorang lagi legenda seni yang menerima anugerah itu ialah Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013). Ia sekali gus menyaksikan hanya empat penyanyi legenda yang pernah menerima pengiktirafan tertinggi itu.
Siti yang sudah tiga dekad bergelar anak seni, menganggap anugerah berkenaan sebagai antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya.
"Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi di atas kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
"Ini adalah sumbangan kecil saya dalam bidang seni budaya khususnya seni suara untuk terus menjaga, memelihara warisan dan cerminan jiwa bangsa kita ini. Terima kasih dari lubuk hati terdalam," ucapnya dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu mula menceburi industri seni pada 1995 selepas bergelar juara pertandingan Bintang HMI, terbitan RTM.
Sepanjang penglibatannya, Siti memenangi lebih 300 anugerah dari dalam dan luar negara, selain pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebanyak dua kali.
Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat percintaan itu juga telah merakamkan lebih 200 lagu menerusi 16 album studio, 11 album kompilasi, 10 album secara langsung (live), dua album duet dan sebuah album khas.
Siti juga telah menjayakan lebih 60 konsert dalam dan luar negara termasuk konsert solo di Royal Albert Hall London pada 2005.
Siti juga telah menjayakan lebih 60 konsert dalam dan luar negara termasuk konsert solo di Royal Albert Hall London pada 2005.
Pada acara yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur itu, anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Khairul Firdaus Akhbar Khan.
Selain trofi, Siti turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sepersalinan songket, watikah dan status sebagai Seniman Tamu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments