MELUNASKAN janji kepada para peminat yang setia menyokong, penyanyi G-Dragon kembali ke persada industri muzik dengan merilis single terbaharu berjudul Power pada Khamis.
Bintang yang sinonim dengan gelaran 'King of K-Pop' itu membuat kemunculan semula selepas lebih tujuh tahun tidak tampil dengan karya baharu.
Meski lama menyepikan diri, penampilan G-Dragon tetap mengundang teruja yang sentiasa yakin dengan penghasilan karya-karya miliknya yang dijangka akan kembali memeriahkan dunia muzik K-Pop yang kini turut mengalami tranformasi.
Menerusi single Power, anggota BigBang yang turut aktif bergerak secara solo itu tetap berbisa dengan sentuhan magisnya yang sememangnya diakui ramai.
Lagu Power merupakan hasil ciptaanya sendiri bersama beberapa penulis hebat iaitu Tommy 'TB Hits' Brown, Theron Thomas, dan Steven Franks.
Tidak sekadar hiburan, penyanyi yang juga aktif sebagai penulis lagu itu membawa mesej besar dalam karya terbabit berkaitan indusri muzik K-Pop yang disampaikan menerusi bait liriknya.
Difahamkan, lagu tersebut kini sedang melaju mendaki puncak beberapa carta lagu popular meski aktiviti promosinya tidak dilakukan secara besar-besaran. Cukup berbekalkan nama G-Dragon dan reputasi muzik yang dimilikinya selama dalam dunia K-Pop!
Difahamkan, lagu tersebut kini sedang melaju mendaki puncak beberapa carta lagu popular meski aktiviti promosinya tidak dilakukan secara besar-besaran. Cukup berbekalkan nama G-Dragon dan reputasi muzik yang dimilikinya selama dalam dunia K-Pop!
Agensi baharu
Turut menarik perhatian apabila G-Dragon atau pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong, 36, membuat kejutan apabila kini bernaung dan bekerjasama dengan label indie sedang meningkat naik, Empire, yang diasaskan oleh produser muzik berketurunan Palestin, Ghazi Shami.
Berita itu menjadi topik perbualan hangat di platform media sosial. Rata-rata peminat meluah rasa bangga dengan pilihan rapper tersebut bernaung di bawah syarikat rakaman indie itu.
Berita itu menjadi topik perbualan hangat di platform media sosial. Rata-rata peminat meluah rasa bangga dengan pilihan rapper tersebut bernaung di bawah syarikat rakaman indie itu.
Terdahulu sebelum ini, G-Dragon mendapat banyak tawaran daripada pelbagai label antarabangsa yang ingin bekerjasama dengannya. Namun dia pastinya mempunyai alasan tersendiri dengan memilih Empire sebagai label yang akan menguruskan karya muzik terkininya.
Kolaborasi terbabit nyata menandakan perjalanan dan tranformasi baharu ikon industri muzik K-Pop itu pada era kini setelah meninggalkan agensi terdahulu, YG Entertainment, selepas hampir dua dekad bersama.
Dalam perkembangan lain, G-Dragon ini dijadualkan bakal membuat persembahan di MAMA Awards di Jepun pada 23 November ini, sekali gus merupakan penampilan pertamanya di acara anugerah K-pop setelah sekian lama. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments