Oleh: AILEEN ADAM
PELAKON Song Jae Rim ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong, Seoul, Korea Selatan pada Selasa.
Punca kematian bintang berusia 39 tahun itu masih belum diketahui, tetapi pihak polis menemui sepucuk surat dua halaman yang memperincikan wasiat dipercayai ditulis oleh Jae Rim.
Menurut laporan media tempatan, hasil pemeriksaan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.
Jae Rim ditemukan tidak bernyawa di apartmentnya oleh rakannya yang dijanjikan untuk keluar makan tengahari bersama.
Dalam ada tu, bekas agensi pengurusannya memberitahu mereka tidak mengetahui tentang perkembangan terkini bintang tersebut selepas kontraknya tamat pada tahun lalu.
Difahamkan proses pengebumian pelakon itu akan dilangsungkan pada Khamis ini.
Mendiang melakukan debut dalam bidang seni pada 2009 menerusi filem Actresses dan mula mendapat perhatian ramai menerusi drama The Moon Embracing the Sun pada 2012.
Diikuti beberapa drama lakonannya seperti Our Gabsoon, We Got Married, Flower Boy Ramen Shop, Inspiring Generation, Two Weeks, Unkind Ladies, Queen Woo dan lain-lain.
Tidak hanya itu, Jae Rim juga aktif di pentas teater dan baru sahaja menjayakan pementasan muzikal Rose of Versailles yang berkahir pada 13 Oktober lalu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments