Oleh: SORAYA AFNAN
IMPIAN penyanyi Aisha Retno untuk menjayakan konsert solonya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 November ini tidak menjadi kenyataan apabila ia dibatalkan berikutan penjualan tiket yang kurang memberangsangkan.
IMPIAN penyanyi Aisha Retno untuk menjayakan konsert solonya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 November ini tidak menjadi kenyataan apabila ia dibatalkan berikutan penjualan tiket yang kurang memberangsangkan.
Pengumuman pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno itu dilakukan oleh Kharisma Music International selaku pihak penganjur dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
“Kami dengan dukacita memaklumkan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan atas sebab penjualan tiket yang perlahan.
“Pihak pengurusan artis juga tidak bercadang untuk menangguhkan konsert tersebut. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Keputusan ini bukanlah dibuat tanpa berfikir panjang. Terima kasih kerana memahami,” ujar kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, peminat yang sudah membeli tiket akan menerima e-mel daripada Ticket2u untuk proses pemulangan semula wang dan proses tersebut dijangka mengambil masa antara tujuh hingga 14 hari.
Dalam pada itu, Aisha, 24, dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, berjanji akan memberikan penjelasan tentang perkara tersebut.
"Jalan terus walaupun sakit ya. Walau badai melanda, hari ini cukup cerah dengan pelbagai warna untuk minda ini direhatkan dari onak duri yang terjadi ini.
"Izinkan Aisha share moments ini yaa sebentar sebelum kembali ke topik yang dipertanyakan kalian hari ini," tulisnya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
TONTON VIDEO PILIHAN
0 Comments