BINTANG pop global dan pemenang tiga kali anugerah Grammy dan tujuh kali BRIT Award, Dua Lipa, akan memulakan jelajah Radical Optimism World Tour dengan 12 persembahan di lapan bandar di Asia dalam beberapa minggu akan datang.
Bersempena dengan jelajah tersebut, peminat boleh menantikan siri aktivasi jualan barangan eksklusif. Di setiap aktivasi, peminat akan berpeluang mendapatkan koleksi barangan jelajah yang direka khas dan tidak dijual di konsert, dengan akses eksklusif dan tawaran istimewa untuk pemegang kad kredit American Express.
Bagi peminat di Malaysia, anda boleh berbuat demikian di di Atmos Mid Valley pada 20 hingga 25 November ini.
Sementara itu peminat di Singapura, Seoul, dan Tokyo boleh membeli kasut Puma Speedcat edisi terhad.
Sementara itu peminat di Singapura, Seoul, dan Tokyo boleh membeli kasut Puma Speedcat edisi terhad.
Jelajah Radical Optimism Dua Lipa telah bermula pada 5 November di Singapura, diikuti dengan persinggahan di bandar utama termasuk Jakarta (9 November), Manila (13 November), Tokyo (16 & 17 November), Taipei (20 November), Kuala Lumpur (23 & 24 November), Bangkok (27 November), dan Seoul (4 & 5 Disember).
ARTIKEL LAIN:
- zus-coffee-raikan-ulang-tahun-kelima
- karnival-jom-heboh-bakal-hangatkan
- max-new-streaming-experience-coming-to
0 Comments