Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jay Iswazir, Azzahra Ahmad bercerai selepas dua tahun hidup bersama

| FOTO: Instagram Azzahra Ahmad

PERKAHWINAN pelakon Jay Iswazir dan isteri, Azzahra Ahmad berakhir selepas dua tahun hidup bersama apabila sah bercerai pada 28 Oktober lalu.

Berita tersebut diumumkan oleh Azzahra Ahmad dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya pada malam Sabtu.

"Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.

"Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa membuat hantaran ini untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga," tulisnya.

Difahamkan pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Azzahra yang juga merupakan seorang pelakon bagaimanapun tidak berkongsi punca perceraian tersebut, tetapi sempat menitipkan kata-kata buat bekas suaminya itu. 

"Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau je cukuplah.

"Semoga dalam tempoh edah ini, saya harap awak mampu menunaikan tanggungjawab dan jangan ambil kesempatan terhadap saya lagi lagi.

"Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini saya dah cukup bersabar," luahnya.

Walaupun bagaimanapun, dalam hantaran sama pelakon itu turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dia dan bekas suami.

"Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri. Maaf atas kekurangan saya, halalkan makan minum saya.

"Mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini," katanya.

Jay, 42, dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan belum dikurniakan cahaya mata. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments